Powered By Blogger

Tuesday 21 February 2012

Permulaan dulu,lau salah tolong tunjukkan....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, ini adalah post atau entry aku yang pertama, dan ini kali pertama aku membuat blog,jadi kalau ada senior2 yang nak pertuQun ilmu(tudia kedah baqhang), silalah jangan segan-segan, duduk renggang-renggang,hai bertambah sayang( alamak sorry ternyanyi pulak). Ok kita mulakan perkenalan kita,nama aku DinIrsyad, tu nama glamour lah,kalau yang nama manja,geli2,pendek,kontot dan daerah yang sama waktu dengannya hangpa panggil Din pun cukuplah. Aku ingat nak tulis entry ni campuQ loghaQ utaQa sikit, takpa kot noh??,yelah cheq ni mai daQipada Alor Setaq kedah, keluaq daQI kedah pun jaQang-jaQang sangatlah,jadi nak speaking bahasa-bahasa K.L/Selangor tu problem sikitlah, oQang kedah kata kiat lidah gak la,walaupun hakikat realitinya dalam ni haram tak guna lidah pun. Ok umur aku masa tengah tulis entry ni( cewahh) ialah 20 tahun, status masih single<<(nak promote), hobi aku pulak suka membaca terutamanya blog-blog,tu yang aku ngengeh galak nak buat blog gak tu..hahaha..ok hobi aku yang lain ialah seperti main gitar, melukis, menulis, dengaq lagu, buat lagu(insyaallah suatu hari nanti), dan tulis cerita.

Ok cakap pasai cita-cita pulak, cita-cita aku banyak baqhang, antaranya aku ingat nak jadi pernyanyi, nilah salah satu habit aku,aku suka sangat menyanyi (terutama dalam bilik ayaq(jamban especially..ooppps), cita-cita yang lain pulak seperti pelukis,ok ni adalah hobi dan minat aku dari kecik lagi, aku memang suka melukis sangat, dan aku sangat minat seni,yelah itulah aku, aku sangat appreciate pasal seni nih, segala jenis seni aku minat. Cita-cita yang lain pulak adalah seperti penulis novel, photographer, menteri, penulis lagu, dan ermm???cukuplah kot. Ok cukuplah setakat ni saja aku beletiaQ(merepek@membebel), lain kali kita bersua lagi yer, member aku kata cakap jangan taip panjang2 sangat.satgi oQang malas nak baca..haha..ok bye chowlu malu!!!

No comments:

Post a Comment