Powered By Blogger

Wednesday 22 February 2012

Cinta Budak2 masa Darjah 6..oppss!!

hehehe tiba-tiba saja aku rasa nak tulis pasal cintan-cintun masa zaman budak-budak dulu, ni semua sebab aku pi lawat blog member aku ni ''http://bismisyahir.blogspot.com/'', kerana beliaulah sekarang wa ada blog beb,tidak sampai kesudah aku tak tau macam mana nak buat blog hahaha . Ok bebalik pada topik yang akan kita suarakan pada hari ini(wah dah macam nak bincang buat projek menara KLCC yang kedua pulak), masa darjah 6 dulu aku pernah la suka kat sorang budak pompuan ni..ishh comei baqhang, macam nak siat2 ja (hah?pembunuhkah?) dia tu.

Tapi masa aku sekolah rendah dulukan, aku ni permalu tau(OMG!!), jadi aku takde la pi luahkan aku punya feeling tu, gila hang, mau kena perli kat sekolah selama seminggu, ish tak sanggup aku. Zaman tu memang zaman skema gila aku, nasib baik la takde picture yang orang snap masa tu, lau korang tengok memang aku rasa mak-mak makwe or pak-pak pakwe kat luar confirm taknak ambik aku buat menantu punya( aku xtau apa kena-mengena??),  berbalik pada budak pompuan yang aku suka tu, nama dia ialah Nur A*****A, hahaha gila ka nak habaq kat sini, aku pun tak tau macam mana aku boleh daa feeling ngan dia, tapi memang tiap kali aku dekat dengan dia,hati aku akan bunyi macam ni'' jantung ini berdetaknya lebih kencang,seperti kenderaan yang mahu perang''.(ada dah ka lagu ni masa tu??)

Aku rasa dialah cinta pertama aku, walaupun aku tak pernah pun luahkan,sebab dia adalah orang yang pertama yang berjaya menarik hati aku masa tu,memang kalau aku berdepan dengan dia, lidah aku automatik jadi kelu tak terkata, tapi rasa cinta dan sayang tu dah hilang bila aku naik sekolah menengah, betul kata orang, rasa cinta itu akan datang dan pergi tanpa dapat kita halang dan sedar dan tanpa keinginan kita jua. Masa aku naik sekolah menengah pulak ada pulak cinta yang lain, tapi yang tu lain kali la aku cerita...hahaha ok chow dlu, dont malu2.... :)







No comments:

Post a Comment