Powered By Blogger

Friday 24 February 2012

LoghaQ Kedah/UtaQa lesson part-1

Semua sudah sedia maklumkan kat Malaysia nie ada berbagai-bagai jenis loghaQ atau pelat, tapi aku hanya tau satu ja jenih loghaQ iaitu loghaQ/pelat Kedah utaQa, yelah cheQ nie sejak beQanak ja dah dengaQ orang duk speaking utaQa, bahasa ibuanda orang kata tapi kalau time aku beQanak dulu aku dengaQ mak pak aku speaking omputih, itu tak bermakna mak pak aku oQang putih, mungkin depa duk training tuk kelas english education depa kot, ntah cheQ pun memandai ja ni.

 ok mari kita lihat beberapa loghaQ utaQa yang mungkin adik2 sekalian dah jaQang dengaQ dinihari nie, yelah ada gak beberapa loghaQ utaQa yang dah tak diguna pakai dah, kadang2 aku pun heran bila dengaQ walaupun aku nie anak tulen Kedah, so let cekikdaud:

                                                                (senyum sokmo..... :)  ...)

1:Qhe-ghau...
: dalam loghat utaQa maksud dia cakar, ok contoh ayat dia:
''hang jaga-jaga sikit dukung buaya(hah??) tu, satgi dia ''qhe-ghau'' tangan hang kot''

                                                   (yeaaahhhh qhe-ghau budak!!!!...)

 2: Se-ghe-yat...
: selalu digunakan bila time hujan dan banjir dan juga kalau duk dekat2 sungai, maksud dia reda atau surut:
''weh dol, boleh jalan dah kot nie, hujan dah se-ghe-yat sikit dah nie''
''Abu BakaQ Atam: buletin pertama, banjir di Kedah  sudah kui se-ghe-yat, anda semua boleh balik''

3: Ham-bat...
: halau, kejar, ligan, usir, dan yang lain2 yang sama erti dengan beliau, selalunya digunakan pada haiwan:
''wehh kambing ragut beg!!eh rumput serama hang tu, pi ham-bat lekaih''

4: Pe-Ghem-pang...
: sesuai digunakan pada orang suka cakap ikut suka dia ja, ertinya banyak cakap, mulut takde insuran:
''hang ni memang pe-ghem-pang luar biasa, hang nak try makan guna straw minum guna garpu ka?''
''hang takyah nak buat ghem-pang kat sini la, dah2 pi sana duk diam2''

                                   (hang diam sikit, toksah duk jadi pe-ghem-pang sangat haaihh)
 
5: Con-ti-ang...
: melukis, menulis, conteng, selalunya digunakan pada oQang tak pandai melukis, tapi suka melukis:
''ishhh tak guna sapa con-ti-ang buku diari aku nie??dah la lukis cam nokhorom gie''

6: Li-Gan...
: lebih kurang macam ham-bat,tapi hambat lebih pada halau, yang nie macam kejar perompak,orang, kenderaan, kalau li-gan dia kejar sebab nak tangkap, tapi ham-bat kejar sekadar nak halau ja:
''wehh2 cepat-cepat Li-Gan beruang(WTFish?) tu, dia curi ikan emas aku''

                                  (''hang memang cari nahas ngan aku, mai balik ikan aku'')


7: Ce-mu-ih...
: maksud dia bosan, boring, ari2 asyik benda yang sama ja:
''cemuih aku ari2 duk tngok muka hang ja, apa kata hang buang rambut badut tu''

                                                           (''ok fine, la gak aku buang'')

8: Tokak...
: ok ni bukan penyakit tokak tu yaa, sbenarnya maksud dia ialah gigit dan benda2 macam tu la:
''Mat lu banyak langsi yaa, jangan sampai aku tokak hang kot''
''sakitnya lidah aku ter-tokak lidah sendiri, aduh!!!..ehh ni daging apa lak nie??''

9: Ghey-Qhek...
: ghey-qhek ialah kata nama khas tuk basikal dalam loghaQ Kedah:
'' saya nak buat laporan, ghey-qhek saya kena curik, saya nak pi menarik naik apa pasnie??)''
p\s: ''menarik'' dalam loghaQ Kedah merujuk pada couple yang gi ronda2 naik motosikal berdua-duaan...

                                              (ini namanya ''menarik ber''empat-empat-an''...)


10: Gon...
: gon ni ialah satu bongolan kecik kat atas jalan, benda ni memang aku meluat, tengah sedap2 speed tak pasai2 kena slow, kalau nak rasa terbang try haaa pecut 180km/j lalu atas menatang nie:
''wehh2 gon kat depan tu, slow sikit''..''ala bohonglah hang nie, takdak pun aku teng''''''' kebaboommm''.... dua2 suspek terbang masuk dalam longkang''

                                                (nila gon/bonggol jalan yang dimaksudkan)
                                           (''weh2 slow2...nokhorom tu ada kat depan nuuu'')

 Ok cukuplah setakat nie dulu, dari tadi aku duk taip, nie aku nak pi lunch pulak, lapaQ dah peQut aku ni, nanti2 aku post pulak yang lain-lain, ok berhenti dulu setakat ni semua..see ur soon :)


1 comment:

  1. lawak explaination hang.tp maksud mmg sampai...hehehhe..gud sharing

    ReplyDelete