Powered By Blogger

Wednesday 22 February 2012

''Kalau ada Jodoh''......

Ok kali nie aku nak ceQita mengenai salah satu novel yang aku dah baca dan aku rasa novel nie memang terbaek la, tajuk novel nie ialah ''Kalau Ada jodoh'' yg ditulis dan dikarang oleh Mimie Afinie.




''Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.

Kalau Ada Jodoh merupakan sebuah novel yang penuh dengan plot humor, ada yang menyentuh perasaan dan tentunya akan menghiburkan pembaca sekelian.''

Novel ni tak silap aku ,aku beli dalam RM14-15 cmtu kot,ntah aku pun dah lupa..hahaha...novel ni dah dekat 5 kali kot aku ulang-ulang baca, memang best and x boring punya aku berani jamin.

Cerita ni mengenai seorang wanita yang bernama Nur Marini or nma manja beliau iaitu Rini,yang gagal dalam rumah tangganya bersama seorang lelaki bernama Faris.Masa Rini bersama ngan Faris,dia selalu kena penderaan emosi(cewahh) oleh mak mertuanya dan adik iparnya yg gedik(aku plak yg geram). Ada satu masa tu mak Rini nazak,jadi Rini nk blik la kampung,tapi Tepon bimbit dia ilang,jadi dia pesan kt adik iparnya(yang gedik) sruh gtau kat Faris, tapi dia tak gitau,jadi Faris salah faham pasal Rini ingat Rini kuar ngan laki lain.

Part ni paling sedih sekali bagi aku, masa Rini sampai ja kampung,tengok2 depan rumah orang penuh sambil baca yassin, masa tu Rini usaha bawak balik periuk nasik letrik nak bagi kat mak dia,tapi ibunya xsmpat pakai pun, dan pada malam tu jugak la Faris ceraikan Rini dan ayah Rini pulak buat Rini macam Rini tak wujud.

Rini tinggal dengan kat rumah Kak Liza dan disitulah dia bertemu Pyan,jejaka yang mempunyai perwatakan yang tidak seperti Rini sangka dari luaran dan pernampilan Pyan yang seperti mat rock dengan rambut panjang itu. Pada masa sama Pyan meluahkan perasaannya pada Rini dan Faris pula merayu supaya Rini kembali padanya, jadi siapakah yang menjadi pilihan Rini,nak tau hangpa beli la novel ni yoo.. =p




 

 


No comments:

Post a Comment