Powered By Blogger

Wednesday 29 February 2012

Lawak Lambok part-5!!

Part-1 sudah, part-2 sudah, part-3 pun sudah, part-4 pun baru ja sudah , ok now kita ke part-5 pulak ya semua, tak sangka dah lima part dah koleksi lawak lambok aku post kat sini, ok let kita cekikdaud(nasib baik aku takdak member nama daud, lau tak mau tercekik dia tu..ehh wait the minit??ada la nama daud!!!!OMG!!)....

                               (hahahaha aku rasa pak cik tue mimpi dia dah jadi Hang Tuah kot!!)

                                    (hahaha sekali anak manja daa..nama boboy lak tu..hakhak)

                       (teh+milo+oren+tembikai+durian+asam jawa+kelapa+horlick!!!WaTErPark???)

                                 (hahahahaha menuntut sampai dua tahun tuk belajaQ menari...hahaha)

                                                (kalau aku buang dah budak2 dua orang nie..)

                                                 (hahahahaha pandai dia cover..terbaek la..)

Cukup la banyak nie dulu yaa, aku nak tidoQ pulak nie,besa lah tengah2 hari macam nie, memang time tidoQ aku pun...hahahaha ok chow lu...jangan malu2........


Idea nak Adakan Post tuk Tutorial Chords gitar dan Video Cover Gitar!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera my readers n kawan2 sekalian, ok kali nie aku nak gitau la pasal idea aku nak buat guitar chords lesson kat blog nie dan mungkin di setiap chords lesson tu aku akan upload video lagu yang aku post dia punya chord tu untuk dijadikan cover.....

                                            (yeahhhhh muzik sentiasa bersamaku dimana jua)

SebenaQnya idea nie dah wujud semenjak aku belum buat blog nie lagi, tapi bila aku dah buat blog nie belum ada kesempatan aku nak buat video2 cover apa semua tu dan kamera yang aku ada pulak jenis
yang terbaru yang dimana mungkin hanya aku yang sorang memilikinya, modelnya ialah jenis model ''yang menyakitkan hati''. Amacam?, style tak aku punya nama model kamera, aku tak tau apa yang kamera nie sakit hati dengan aku, kamera nie kalau nak snap gambaQ kat luaQ2 rumah dia ok jugak la tapi lau nak snap kat macam dalam bilik ka dalam rumah ka macam ngan hampeh tak clear langsung siap ada ''effect'' merah2 dalam gambar tu.

Ok nampaknya kita dah lari dari topik asal, tiba2 termasuk pulak cerita pasal kamera padahal beliau tak tahu menahu pun mengenai ini semua. Ok insyaallah dalam masa yang terdekat aku buat la macam aku kata nak buat tadi tapi bukan sekarang la sebab ''lanie'' aku duk busy banyak kerja nak buat, dengan menulis, melukis lagi la, ohh!!... sebut pasai melukis tiba2 datang pulak idea lain nak tulis, ok setakat nie saja la, aku nak habaQ benda tu ja tadi, ok bye2!!!!........






Tuesday 28 February 2012

LoghaQ Kedah/UtaQa lesson part-2

Yeaahhh hari tu part-1, sekarang part-2 pulak...yeaahhhh gholaahhh gholahhhh gholahhhhh.....(member wa: hang ni ok dak din???lain macam ja nie(sambil letak tangan beliau kat dahi wa)...)....ok let cekikdaud lesson kita yang seterusnya nie..

1:Belemoih....
: maksud dia kotor, comot, dan yang lain2 yang seangkatan dengan beliau:
''ishh ''belemoih'' habis seluaQ aku nie, aku dah cakap jangan bawak moto dalam bendang(WTFish??) nie...''

2:Tetomoih...
: tersungkur, terjelopoh, tersembam, dan lain-lain:
''hahahahaha....sampai ''tetomoih'' kawan tu hang tolak dia, hang memang kejam..haha''

                      (tersungkuQ lebih kuQang macam nie la, plizz don't try this at home,in the toilet ok)

3:Ku-Tey...
: cubit, ghetu, menyakitkan oQang len dengan mengunakan jari terutama jari telunjuk dan ibu jari tangan, not kaki ok:
''ishhh abang ni gatal tau, asal pompuan cantik lalu je abang usha, ayang ''ku-tey'' sampai keluar kulit baru tau''..

4:Tak-Dan...
: tak sempat, yang lain2 hangpa pikiaQ sendiQi la, aku blurr xtau nak taip apa nie:
''Brother Dol, bila lu mau kasi angkat itu moto haa, wa takut nanti ''tak-dan'' lu angkat, orang lain sulah angkal lulu maa''

5: HebiaQ...
: mulut celupar, mulut takdak insuran pinjaman dan nyawa, mulut laser dan mulut macam Rock Kiah Proba melody tu..hahaha :
''hang mulut hang jangan duk ''hebiaQ'' sangat naa, kalau tak nanti aku punya spoket moto aku, aku sumbat dalam mulut hang kot''....


6:Maneh-Melecaih...
: manis sangat, manis yang kaw2(bukan lembu tau) punya, macam buat ayaQ terlampau banyak gula yg confirm si peminum tu akan di potong kaki beliau kerana kencing beliau pun manis:
''ishh anak dara hang nie buat ayaQ ''maneh-melecaih'' haiihh...dia da sakit hati ngan aku kaa??''

7: Lincun/Lencun...
: maksud beliau ialah basah, dan selalunya pada seluaQ akibat terkena lopak air atau apa2 la yg membasahkn:
'' ...''lencun'' abih seluaQ aku nie hang pun satu pi lalu kat dalam lopak ayaQ tu buat pa??''

8: Lokoih...
: ''lokoih'' nie dia basah jugak macam ''lencun'' tapi dia lebih pada kuyup dan satu lagi dia jenis basah yang lebih besar, selalunya basah sampai satu badan akibat hujan dan lain2 lagi sebab-munyabab, tak macam ''lencun'' yang hanya basah sikit2 ja:
'' Mat: hang nie kenapa nie, ''lokoih'' habis satu badan'??''..... 
Samdol: mau tak ''lokoih'', ntah malaun mana tak tau pi simbah ayaQ kat aku masa aku duk kat   bawah tadi......
Mat: gluppp!!!!....''

                                       ( ''Mat: weh awat ada oQang juruih ayaQ kat kita nie?...
                                       Samdol: juruih ayaQ  bendanya nie hujan la nyion, jom blah'')

9: KawaQ...
: ''kawaQ nie macam hangpa la...hahaha takdak la cheQ gurau ja maknanya ialah pencuri dan orang2 yg suka ambik harta benda orang lain:
'' lekaih ligan2 ''kawaQ'' tu, dia balaih aku punya boxer weh!! esok aku nak pakai pa benda nak pi dating, cepat tangkap dia.......(orang2 kampung: hah????)

10: Ka-nyaQ....
: maksud dia tuk budak2 dan yg bukan budak2 yang masih mentah dan tak berapa nak matang tue:
''Samseng2 kampung: hahahahahaha...... takkan budak ''ka-nyaQ'' mcm hang nak masuk tentera       kot?? nak mati kena sula ka??hahaha
 Saye Naim: takpe2, awak2 sume gelak kat titew, nanti lau titew dapat masuk, titew tembak soQang ba-u tau...huh!!!''

Ok lah setakat nie dulu ya kita punya survey pasal loghaQ2 Kedah/UtaQa kita ya, lain kali kita sambung lagi, aku nk tulis benda lain pulak nie...hahaha ok bye2 :)


Monday 27 February 2012

Apa Aku Buat bila Habis SPM!!

Ok nak ceQita sikit benda yang aku buat lepas habis sijil penilaian malaysia(SPM), ok lepas habis sekolah sudah menjadi kebiasaan budak2 lepasan sekolah nih untuk mencari kerja, konon2 nak belajaQ tuk berdikarilah konon...hahahaha....ok tidak terkecuali aku, habis saja spm,,perhh memang heaven bai. So lepas keluar ja dari sekolah, aku ngan member aku pi la pusing2 satu AloQ StaQ nak cari kerja, kami pusing punya pusing bulan tak timbul-timbul(hah?apa kena mengena??). Setelah hampir nak berputus asa, kami pun pi la mencuba nasib nak try kerja kat supermarket Star Parade AloQ StaQ, dan dengan muka cute slumber rocknya dan dengan tak tau malunya kami pun menujula ke pejabat Star Parade sambil buat muka cute lagi kesian kat akak kat kaunter tu.

                                            (ni la Star Parade bagi yg xtau tu...besaQ kn??)
 
 Setelah kami isi borang apa semua, duk inteview2 pastu last2 tauke tu cakap ''1 hari bulan nanti u latang cini pakai baju putih sama seluar itam yaa, kasi tunggu kat pintu masuk yang dekat belakang sana yah'', jadi kesimpulannya kami pun dapat la kerja kat situ, alhamdulillah ada gak kerja aku nak buat. So lepas abis ja interview tu kami berdua teQuih(terus) pi meronda nak cari baju putih dengan seluar hitam pulak, so menjadi satu kerjadah pulak nak kena pi cari benda2 alah tu, tapi demi nak kerja punya pasai kami pun cari la bagi jumpa gak.

Hari yang ditunggu pun tiba dengan brutalnya menyapa kami berdua, awal2 pagi kami dah bangun kes excited nak masuk kerja punya pasai dan kami pun berlalulah menunggu di tempat yang tauke tu suruh tunggu. Bila enter ja bangunan tu, kami dia suruh tunggu kat pejabat yang kami interview hari tu sebab nak beri sedikit ceramah mengenai kerja nie, dan yang ni memang aku tak boleh lupa ayat tauke tu..hehe let cekikdaud..

''Tauke: ok bilak u dengar loceng munyik, u all kena berlili tau, kasi itu munyik habis dulu balu u all sambung balik u punya kerja yaa.''

Hahaha time dia sebut kat part ''munyik'' tu memang aku tak boleh tahan, dia tekan gila...hahaha ada brother depan aku dah tertunduk sebab tak tahan nak gelak kes dengar amoi tu sebut ''munyik'' tu..hahaha aku nasib baik hari tu boleh tahan nak gelak walaupun aku nie memang jenis yang tak tahan gelak. Aku dengan member aku cuma boleh tahan sebulan ja kerja tu sebab teruk kot kerja tu, pastu sembahyang kadang2 tak sempat, sebulan aku kerja situ, empat kali sembahyang jumaat dah aku tak pi, gila lah memang jahil gila bila aku masuk kerja tu dan mak pak aku pun suruh aku berhenti dan cari kerja lain.

                                            (goodbye Star Parade...aku dah tak tertahan baii)

Lepas kami berhenti ja kerja supermarket tu, aku ngan member aku pun automatematik jadi penganggur tak di iktiraf oleh badan2 beruniform sedunia, so kami pun pun mula la duk pikiaQ nak buat apa la nie?, duk rumah saja pun boring gak duk kena ada aktiviti gak nak buat. Ntah macam mana aku mula terfikir nak bukak gerai burger dengan member aku kebetulan aku dulu pun pernah berniaga dengan uncle aku dulu, gerai burger tu pun masih dalam keadaan elok, so aku pakat la dengan member aku kating2 duit nak buat modal berniaga.

                                      (nie pembantu aku masa aku duk berniaga burger dulu...)

p/s: hangpa jangan percaya sangat ngan aku nie, atas nie fake picture ja...hahaha

Pada hari permulaan tu boleh gagah la berniaga, ramai la jugak tapi beberapa hari lepas tu memang aku duk nyanyi lagu cinta 3 segi yang aku ubah sikit lirik dia ''mengapa ini semua harus berlaku, apakah ini semua kerna diriku sedangkan aku cuma perniaga burger kecil-kecilan,  tak sanggup aku melihat burger tak lakuuuuu'', haram lepas tu pelangan yang mai kedai kami boleh dikira la, tak payah pakai carkulator dah nak kira, pastu dengan beberapa bala menimpa kami dengan roda gerai tu rosak dan bila kami tolak saja mula dia bernyanyi lagu'' krikkkk......crittttttt....kreeekkkkk..... hanya kerna kau yang cukup bising untuk didengari dan tuk di maki, buat malu kami ja time nak tolak gerai tu abis semua orang usha duk ingat ada permuzik jalanan duk buat show.

Mula-mula dengan roda tu rosak, pastu ada satu bala lagi yang menimpa aku yang dimana peristiwa itu telah merubah hidup aku untuk selama-lamanya,di mana sejak hari itu diri aku telah berubah dan tak lagi sama macam dulu-dulu, pada malam itu ketika nak bukak api nak masak order, ntah macam mana aku punya lighter tu buat hal plak tak nak kuar apa, dah berkali-kali aku cuba tanpa aku sedar tangan aku sebelah lagi duk bukak gas dah, bila aku cuba ja petik lighter tu kali ke-5, dengan tak semena-mena api pun menyambar muka aku, perhh sikit punya perit kot dan yang paling aku tension member waa boleh pulak bantai gelak kat aku, dengan gaya brutalnya dia gelak kat aku..beliau memang KUAJAQ.....haha..lu langsi beb...

Dan malam tu memang aku takleh fokus pada burger aku, aku asyik nak memaling pada awek cashier yang duk kerja kat kedai top up tu..hahaha....malam tu muka aku sakit gila tambah2 bila kena bahang api tu, so malam tu aku decided ngan member aku nak tutup kedai awai sikit malam tue dan esoknya kami ambik public holiday secara emengency(mcm salah ja aku eja??) sebab aku memang tak boleh buat kerja apa dah, dan yang aku tension kening ngan misai aku dah rasa macam hangus ckit, dan nak tak nak aku pun shave la misai aku, tu yang aku kata malam tu dah merubah hidup aku sebab sejak malam tu aku dah tak simpan misai dah sebab aku dah mula syok kalau takdak misai....nampak comel macam muda pulak aku shave..hahaha

p/s:tapi aku takde la pi shave aku punya kening jugak, gila hang!!!!

Lepas beberapa aku lepas tu aku ngan member aku STOP!! jual burger sebab aku dah cukup tension dah dengan muka aku kena sambaQ api malam tu dan member wa gelak bagai tak hingat dunia..haha.. so lepas aku stop kerja tu, sekali lagi kami pening again duk pikiaQ nak buat kerjadah apa pulak, dan sekali lagi idea aku gak yang bagi, aku cadang kat member wa apa kata pi cari kerja kantin sekolah pulak mana la tau kan kot2 boleh cari girlfriends(tu kalau hangpa kerja kantin sekolah menengah la, lau sekolah rendah apa kerjadanya!!). Dan pada masa tu kami cukup berterima kasih pada ayah member wa tu sebab berjaya carikan kerja kantin kat sekolah ayah berliau mengajar tu, dan itu kerja kantin sekolah rendah(sob2....kempunan gak aku nak cari awek... {!_!} ...), alhamdulillah kami dapat berkerja dengan baik sekali sehingga pada bulan Jun tahun tu aku terpaksa stop kerja sebab aku dapat peluang sambung belajar, jadi aku terpaksalah tinggalkan member wa kerja situ, tapi aku rasa dia lagi syok kot sebab masa tu ada tiga orang awek masuk kerja situ...lu memang best bro...hahaha jeles wa...WHY I HAVE TO QUIT???...

Ok sebelum wa akhiri carahan wa nie, wa nak gitau sesuatu sikit la, ok pada permulaan untuk sesuatu yang baru memang akan sedikit mencabar dan sedikit memeritkan, tapi percayalah lama-kelamaan cabaran dan keperitan itu akan terganti dengan keseronokkan dan rasa persahabatan yang utuh, dan bila kita sudah rasa macam tu, believe me that ur won't to quit from what u do at that time, sebab kita sudah mula terbiasa dan seronok dengan apa yang kita buat.

Masa aku nak berhenti tu memang aku rasa macam tak sanggup nak tinggalkan kerja aku, time tu memang aku rasa tak best gila sebab nak tinggalkan member2 wa kat situ, so kesimpulannya ialah:

''don't afraid to take the risk to success in ur life, bcoz if ur don't take up that risk, ur will lose something valuable, something that we call ''experience'' to build our sefl-confidence and after that will build ur future''......

Ok setakat ni ajela leteran aku, lain kali kita jumpa lagi dan jangan takut nak memulakan sesuatu, sebab kalau anda takut, maknanya anda takut nak terima cabaran dalam hidup anda...peace :)

Saturday 25 February 2012

Music is Everywhere and Every People have it!!

I think all people love music and only deaf people can not appreciate about how amazing music is't. Ok this time i want to share a video about music and this person is cool dude, he can create the music with using a human, and this memang OSEM!!!!.....



Music is awesome right??yeaahhhh i love music :)

Lawak Lambok part-4

Yeaahhh part-4, part-4 bai, sungguh tak percaya dah sampai part-4 dah koleksi lawak lambok aku post kat sini, hehehehe hangpa layan yela, cam besa la alasan aku..hehehe

                                              (hahahahaha member budak tu awal2 gi dah blah)

                                       (hahahaha memang port yg strategik nak ponteng puasa)

                                        (padan muka da niat jahat...hahaha sekali video lagu daa)

                                         (pak cik sapu sampah kat lantai,bkn kat kepala..haha)

                                                  (gila kejam gila, siap pakai busur lagi tuh!!)


 
  (hahahaha kesian pak cik tu, dengan bawak bantai lagi..haha)
 
 Ok la kot nie, len kali aku post yang lain2 ok, sabaQ2 ye my friend :) ...............................................

Jepun pun Ada Jozan tau, tak percaya hangpa tngok nie!!

Hehehehe ok hari nie aku nak post video la plak, alang2 aku dah ada kat kampung nie ternet pun laju, boleh la aku try nak post video pulak, nak harap ternet kat rumah sewa aku ermmm boleh cakap ja la nak upload tapi haram takleh, slow gila babas punya. Apa2 pun let cekikdaud this video man!!....



 hehehehe la nie hangpa percaya tak?? :)

Friday 24 February 2012

LoghaQ Kedah/UtaQa lesson part-1

Semua sudah sedia maklumkan kat Malaysia nie ada berbagai-bagai jenis loghaQ atau pelat, tapi aku hanya tau satu ja jenih loghaQ iaitu loghaQ/pelat Kedah utaQa, yelah cheQ nie sejak beQanak ja dah dengaQ orang duk speaking utaQa, bahasa ibuanda orang kata tapi kalau time aku beQanak dulu aku dengaQ mak pak aku speaking omputih, itu tak bermakna mak pak aku oQang putih, mungkin depa duk training tuk kelas english education depa kot, ntah cheQ pun memandai ja ni.

 ok mari kita lihat beberapa loghaQ utaQa yang mungkin adik2 sekalian dah jaQang dengaQ dinihari nie, yelah ada gak beberapa loghaQ utaQa yang dah tak diguna pakai dah, kadang2 aku pun heran bila dengaQ walaupun aku nie anak tulen Kedah, so let cekikdaud:

                                                                (senyum sokmo..... :)  ...)

1:Qhe-ghau...
: dalam loghat utaQa maksud dia cakar, ok contoh ayat dia:
''hang jaga-jaga sikit dukung buaya(hah??) tu, satgi dia ''qhe-ghau'' tangan hang kot''

                                                   (yeaaahhhh qhe-ghau budak!!!!...)

 2: Se-ghe-yat...
: selalu digunakan bila time hujan dan banjir dan juga kalau duk dekat2 sungai, maksud dia reda atau surut:
''weh dol, boleh jalan dah kot nie, hujan dah se-ghe-yat sikit dah nie''
''Abu BakaQ Atam: buletin pertama, banjir di Kedah  sudah kui se-ghe-yat, anda semua boleh balik''

3: Ham-bat...
: halau, kejar, ligan, usir, dan yang lain2 yang sama erti dengan beliau, selalunya digunakan pada haiwan:
''wehh kambing ragut beg!!eh rumput serama hang tu, pi ham-bat lekaih''

4: Pe-Ghem-pang...
: sesuai digunakan pada orang suka cakap ikut suka dia ja, ertinya banyak cakap, mulut takde insuran:
''hang ni memang pe-ghem-pang luar biasa, hang nak try makan guna straw minum guna garpu ka?''
''hang takyah nak buat ghem-pang kat sini la, dah2 pi sana duk diam2''

                                   (hang diam sikit, toksah duk jadi pe-ghem-pang sangat haaihh)
 
5: Con-ti-ang...
: melukis, menulis, conteng, selalunya digunakan pada oQang tak pandai melukis, tapi suka melukis:
''ishhh tak guna sapa con-ti-ang buku diari aku nie??dah la lukis cam nokhorom gie''

6: Li-Gan...
: lebih kurang macam ham-bat,tapi hambat lebih pada halau, yang nie macam kejar perompak,orang, kenderaan, kalau li-gan dia kejar sebab nak tangkap, tapi ham-bat kejar sekadar nak halau ja:
''wehh2 cepat-cepat Li-Gan beruang(WTFish?) tu, dia curi ikan emas aku''

                                  (''hang memang cari nahas ngan aku, mai balik ikan aku'')


7: Ce-mu-ih...
: maksud dia bosan, boring, ari2 asyik benda yang sama ja:
''cemuih aku ari2 duk tngok muka hang ja, apa kata hang buang rambut badut tu''

                                                           (''ok fine, la gak aku buang'')

8: Tokak...
: ok ni bukan penyakit tokak tu yaa, sbenarnya maksud dia ialah gigit dan benda2 macam tu la:
''Mat lu banyak langsi yaa, jangan sampai aku tokak hang kot''
''sakitnya lidah aku ter-tokak lidah sendiri, aduh!!!..ehh ni daging apa lak nie??''

9: Ghey-Qhek...
: ghey-qhek ialah kata nama khas tuk basikal dalam loghaQ Kedah:
'' saya nak buat laporan, ghey-qhek saya kena curik, saya nak pi menarik naik apa pasnie??)''
p\s: ''menarik'' dalam loghaQ Kedah merujuk pada couple yang gi ronda2 naik motosikal berdua-duaan...

                                              (ini namanya ''menarik ber''empat-empat-an''...)


10: Gon...
: gon ni ialah satu bongolan kecik kat atas jalan, benda ni memang aku meluat, tengah sedap2 speed tak pasai2 kena slow, kalau nak rasa terbang try haaa pecut 180km/j lalu atas menatang nie:
''wehh2 gon kat depan tu, slow sikit''..''ala bohonglah hang nie, takdak pun aku teng''''''' kebaboommm''.... dua2 suspek terbang masuk dalam longkang''

                                                (nila gon/bonggol jalan yang dimaksudkan)
                                           (''weh2 slow2...nokhorom tu ada kat depan nuuu'')

 Ok cukuplah setakat nie dulu, dari tadi aku duk taip, nie aku nak pi lunch pulak, lapaQ dah peQut aku ni, nanti2 aku post pulak yang lain-lain, ok berhenti dulu setakat ni semua..see ur soon :)


Macam mna agaknya lau ilang kwan ya??!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, mungkin entry aku kali ini agak berbeza dari yang sebelum- sebelum nie, kali ni aku nak ceQita mengenai haiwan perliharaan aku iaitu kisah sepasang hamster.

                  (ya ini la hamster bagi sesiapa yang tak kenal, tapi aku pasti mesti semua kenal punya)

Ok pada hari jumaat 24.2.2012, salah sekoQ hamster aku mati, kesian dia aku tengok time tu dengan semut gatai duk kerumun dia, memang sadis, but apa yang wat aku lagi terharu ialah bila aku memikirkan mengenai kawan dia yang setakat nie aku tengok masih sihat walafiat. Tapi aku tak tau sama ada korang semua akan ber fikir macam aku nie, antara yang ada dalam kotak fikiran aku sekarang ialah ''apalah yang hamster ni akan rasa bila duk sorang'' , ''bagaimana perasaan dia bila selalunya berdua,tiba2 tnggal sorang'', ''adakah dia berfikir yang kawan dia hanya pergi sebentar sahaja dan akan terus menunggu'', ''adakah dia akan berfikir kawan dia akan kembali semula wlaupun semua tu mustahil'', ''confirm dia fikir kemana la kawan dia pergi'', tapi kalau la aku leh cakap ngan dia, aku nak gitau kat dia macam nie''wahai hamster,sebenarnya kawan ko skarang berada ''jauh'' sangat dan dia sedang berehat dengan ''tenang'' sekali'' dan suatu hari nanti ko akan dapat berjumpa lagi dengan dia :) ...

                            (''ok my friend,after this all will never be the same as usual, take care'')

Serius aku tengok hari ni hamster aku tu macam lain sikit dari hari2 yang biasa, macam pelik sikit perangai dia, selalunya dia aktif ja main yang pusing2 tu, tapi arini dia bnyk duk diam ja, pastu dia macam mencari sesuatu, asyik terjenguk-jenguk ja, mesti dia rasa kekok sangat, ''kemanalah kawan aku pergi nie, aku dah tunggu dari tadi nie, xpe lah nanti balik la tu, banyak aku nak borak dengan dia ni, balik cepat ya :) '', kesian beliau tanpa dapat mengerti yang kawan dia takkan balik semula nak borak2 dengan dia, main2 dengan dia macam selalu, tapi sekurang-kurangnya hang ada bersamanya waktu saat2 terakhir dia kat dunia ni, itu la yang dinamakan ''sahabat sejati'', sahabat yang berada di sisi sahabatnya hingga ke akhir hayat beliau, believe me man, ur are the true friend :) ...

               (''thank ur my friend, bcoz willing to be with me for the whole time, i will never forget ur'')

Ermm sambil2 aku taip ni, aku usha2 la aku punya hamster tu, perhh gila lah nampak tak bersemangat gila,  pastu dia tak main langsung mainan yang pusing2 tu, lau dia naik atas tu pun dia naik duk diam ja, hamster pun rasa lain macam kalau dah hilang kawan, inikan pula kita yang manusia nie, yang dimana tuhan kita dah ciptakan kita menjadi sebaik-baik ciptaan dan seelok-elok mahkluk yang diciptakan mempunyai akal dan berbagai-bagai perasaan.

                  (''sahabat,bilakah engkau akan kembali,ku rindu padamu, pliz aku perlukanmu'')

Rujuk pada hamster kat atas, aku takleh bayang macam mana aku rasa kalau aku yang hilang mana2 kawan aku, serius kawan tu sangat penting pada aku, aku takut gila kalau hilang diaorang, bila aku tengok ja hamster nie, aku macam boleh rasa kosongnya hidup dia kalau takde kawan. Believe me all my friends, ur all worth to me,no money can't buy ur from me, no property can't change ur all, and ur all priceless to me :) .

Serius aku ni tak setabah mana nak terima kalau aku hilang kawan2, tengok hamster hilang kawan dia pun aku dah boleh faham mana kalau hilang kawan, hidup akan jadi tak keruan, keluh kesah, hidup kosong, nak kongsi masalah takda yang boleh kita luahkan, ada masalah takda yang boleh kita ceritakan, takde tempat nak mengadu, aku pernah cakap benda ni kat kawan2 rapat aku ''aku ni kalau takdak awek aku boleh gi hidup, tapi kalaulah aku takdak kawan, perhh aku memang xleh duduk, rasa kosng gila'', ok inilah gambaran serba sedikit tentang betapa penting kawan tu pada aku, so don't delete me from ur friendship list :) .....

Nanti kalau aku free aku cari kawan baru kat hang hamster, walaupun ia takkan sama macam kawan lama, tapi aku xleh la tengok hang duk sorang2, macam dah takdak arah pulak aku tengok, bersabarlah hamster, jangan risau ''patah tumbuh hilang berganti'',mana tau akan dapat yang lagi baik lepas nie :)

p/s: hargailah kawan2 hangpa selagi ada kesempatan, jangan sampai dah hilang dan dia dah ''pergi'' baru hangpa nak terhegeh-hegeh nak cari, sebab time tu baru nak cari sia-sia jelah, dia takkan balik semula, jadilah macam hamster ni, hingga sampai akhir hayat kawan dia, dia still boleh stay lagi....

'' the feel of friendship that come from bottom of our heart, will stay together for the rest of our life, even we have to separate even without of our willingless''





Beza ambik GambaQ dengan Flash dan Tanpa Flash!!

Lihatlah perbezaan yang ketara bila kita tidak gunakan Flash dan dengan menggunakan FLASH
cerah tul tu noks


P.S ahahahah . The Flash tros !

p/s:yang ni aku ambik kat blog kumbang jingga, lau nak follow blog tu clicklah cini ya http://kumbangjingga.blogspot.com/ .. peace :)





AloQ StaQ i'm Back!!!(again)...

Ok semasa aku tulis entry nie, aku ambo lo nih duk kat AloQ StaQ bai..haha alah sekali-sekala balik kampung, ari nie aku mood kampung sikit la ya, biasalah CheQ nih anak kampung, oQang jati Kedah, dan CheQ bangga bai jadi anak Kedah nie, ok haQi nih cheQ tak berapa ada idea la nak tulis menatang apa, tapi demi perminat sekalian(ferasan syial!!), cheQ peQah gak la otak cheQ yg agak tiga suku kata nie nak taip entry nih.

                            (haa nih la menaQa AloQ StaQ kawan2 semua, amacam terer tak aku snap??)

Ok hangpa dah tengok kan menaQa kat atas nih??, hehehe inilah salah satu kebanggaan oQang kedah, setakat nie rasa-rasa aku, baru dua kali aku naik menaQa nih (sikit punya lama duk Kedah,baru 2 kali hang naik??), kali pertama aku naik masa sekolah aku dulu buat rombongan sambil belayaQ..ermm sorry i mean belajaQ, belajar, study, mengaji, discussion, dan semua yang sama erti dengan beliau. Kali kedua pulak time aku balik cuti sem, masa tu member aku ikut aku balik rumah aku, pasaipa sebab rumah beliau yang yaknie nun jauh di Sarawak nuh!!, jadi time dia lepak rumah aku tuh, aku bawak lah malaun nie(sorry my friends, gurau ja) pi ronda2 kat AloQ StaQ nie, dan salah satu port yang aku bawak dia pi ialah menaQa nie, aku rasa kalau tak kerana beliau, mesti takdak punya kali kedua aku naik menaQa nie.

                     (apa kta polis tue,''weh!!tangkap gambaQ aku leklok la sikit, aku saman satgi kot!!'')

 Yaaa hangpa nampak tak gambaQ apa kat atas nie??yaa that the roadblock..ggrrrrrr..aarrrrggggg... ok nak dijadikan ceQita, semalam aku nak balik la ngan member aku dari Merbok,Sungai Petani nak ke AloQ StaQ. Yang aku takleh blah, aku keluaQ ja dari area rumah sewa aku tu, tudia baqhang roadblock dihadapan, tapi selalunya aku jalan rilek ja, yelah budak2 skema semua lengkap, tapi semalam aku jadi kurang skema sikit lah, pasaipa sebab lesen muda aku dah expired dan sebab aku nak balik AloQ StaQ kerana aku nak perbaru lah aku punya lesen tu, nak cari pejabat JPJ kat S.P tu sikit punya menyeksa, duk area mana pun aku taktau pejabat depa tu, naik ketumit mata aku melilau caQi, last2 aku mengaku kalah wahai pejabat JPJ, anda sukar dicari.

                                (''saya nak balik AloQ StaQ nie pak cik, kasihanilah diriku iniiiii'')

Oleh kerana aku tak jumpa pejabat JPJ kat S.P, jadi aku nekad nak balik pi pejabat JPJ kat AloQ StaQ, apa nak jadi jadilah. Ok lepas aku pusing balik lepas nampak roadblock tadi, aku pun pergi la mencari inisialtif yang baru, aku ngan member aku pakat2 nak ikut jalan yang agak jauh sikitlah, time tu memang wakluu laa. Lepas aku dah setengah perjalanan tiba2 member aku memberhentikan kenderaan beliau ketepi jalan, aku pun follow la beliau pastu aku pun tanya la '' weh awat hang berhenti??nak beli rokok lagi kaa??'' lalu balas member aku '' tu kat depan hang tak nampak ka ada apa'', lantas dengan sepantas moto Double RR Kawasaki-baki NINJA, aku menoleh kehadapan, tudia baqhang roadblock again, oh mann....memang waterpark gila lah....oh bila sebut moto kawasaki-baki ninja tue, tringat pulak yang baru2 nie rumah wa ada orang ceroboh bai, ok yang tu nanti aku cerita kat entry baru nanti..

Nasib baik member wa ni ceQedik, beliau  pun pilah dengan slumber rocknya tanya kot2 ada jalan shortcut yang boleh kami ambik(hang nak ambik buat pa??) bagi mengelakkan daripada nak masuk dalam roadblock tu. Kami masuk la dalam satu taman nie, dalam hati aku duk kata ''ishh taman apa pulak nie??hang nak bawak aku pi mana nie, hang jangan jual aku wehh, aku tak kawen lagi wehh''..ok stop merepek yang bukan2, lalu kami pusing punya pusing bulan tak timbul2, last2 jumpa satu jalan keluaQ yang dah lepas dari roadblock tu, dan alhamdulillah perjalanan aku lepas tu semua lancar takdak roadblock sehinggalah bila aku sampai rumah pukul 12.30 malam, pintu rumah terkunci pulak dah...waaaaaaaa tidoQ la aku........ ok sambung lagi nanti, aku nak gi riadah pulak ni... see ur soon.. :)

























Thursday 23 February 2012

Lawak Lambok part-3

Yeaahhh....part-3 menyusur lagi, silalah layan koleksi2 karya Kartunis Lambok nih ya, penat2 aku download tau..hahaha...Apa2 chill2 selalu tau.. peace..

                                 (kesian pulak aku tengok...hahaha menyorok belakang pokok)

                                                         (nyanyi lagu M.Nasir tuh!!!..haha)

                                                           (ni baru namanya sagat kepala)

                                (memang semangat kesukanan lah dia nih,land atas tanah pun jadilah)

                                                       (yang nie....HAHAHAHAHAHA)   

                                                  (memang slumber rocklah daddy kita nie)

hehehehe ok nanti aku buat lagi, la ni aku nak pi main takraw pulak..ok daa smua jumpa dalam next entry :)

Aku Bukan Playboylah!!

Playboy..ermm memang tidak agak seronok bila kita kena gelar macam tu, how ever memang gelaran itulah yang orang panggil kat aku ''Din the Playboy'', hahaha memang kuajaQ, harap2 hangpa semua tak percayalah dengan kata-kata orang dengan mudahnya, sebabnya aku bukanlah begitu dan ada sebab kenapa orang kata aku ni seorang playboy..hehehe ok wa explain satu-persatu yoo kawan2..


                                        (Arnab nihlah yg sering dikaitkan dengan jejala playboy nih)

1:Sebab aku banyak kawan dengan orang perempuan:
: Aku memang banyak berkawan dengan orang pompuan, best kawan dengan diaorang, nak sembang apa2 pun boleh, ramah jugak..

2:Kawan-kawan pompuan setiap kali jumpa aku mesti tegur aku:
: Yang ni memang kalau aku duk dengan geng lelaki aku, pastu lalu salah sorang kawan2 pompuan yang kenal aku, mesti beliau akan menegur begini ''Hai Din'', pastu member2 laki aku mula la usha pelik kat aku, dalam hati diaorang mesti kata macam nih ''pehh Din ni memang playboy terhandal la'',..hahaha

''Yang nih picture beberapa kawan2 wanita aku:''

                                                             (yang nih nama dia Rokiah)

                                                        ( hai, nama saya Mariam Sari)

                                                                (Senah Mat Deris)

                                                 (just call me Minah, ok guy,chill2 selalu)
                                                         (Joyah Hasnah Abu Hashim)

                                         (hai i'm Fatimah, saya suka dengar lagu guna gelas tuh)

p/s: dah la aku tipu korang, sebenarnya haram sorang pun aku tak kenai..hahaha memandai aku ja, dan pada insan2 diatas jangan marah cheQ na, gurau ja .. peace :)

ok berbalik pada topik asal, sebab aku selalu kena dilabelkan sebagai playboy,ok next excuse:

3:Dalam FB or Chatting aku lebih banyak duk sembang ngan orang pompuan:
: Ntah la camna, aku rasa lebih selesa nak chat ngan kaum hawa dalam fb or chat room, aku rasa macam selamat nak ceQita apa-apa pun dengan depa nih, tak rasa bimbang. Mungkin aku dah set dalam mind aku yang kaum hawa nih boleh simpan rahsia,sebab tu aku tak rasa bimbang kot.

4:Selalu lepak dengan kawan-kawan pompuan:
: Ok ini sebenarnya jarang2 aku amalkan, sebab aku nih permalu(OMG!!), tapi walau macam mana pun kadang2 aku selalu gak(tadi hang kata jarang2??) keluaQ lepak n jalan2 dengan diaorang, pastu kalau terserempak dengan kawan2 aku, mula la pikiaQ bukan2,'' wow bro ramai awek bro,lu memang ayat power nih''..pastu aku pun membalas''eh sorry ehh, they all my friends ok''..hahaha

ermmm ok cukup kot noh??aku pun dah takdak idea nak tulis apa dah nih, hehehe sebelum aku akhiri aku punya entry nih,aku nk gtau sekali lagi lah aku ni bukannya seorang ''playboy'' ok, nak buat camna beb dah aku memang suka kawan dengan orang pompuan, dan kalau aku dah tak diabel sebagai ''playboy'', jangan pandai2 nak kata aku nih ''lelaki lembut'' pulak, sebab itu sangat kurang ajar tau, cili mulut satgi kot..hahaha ok dah la ya, make are peace upon ur.. :)

p/s: walau pun aku nih banyak kawan pompuan, tapi aku still single..hahaha dan lagi nak promote tuh.... :)





   





Wednesday 22 February 2012

Tahi!!euww

pada suatu hari ali dan abu pergi memancing di sebatang sungai di pinggir kampung,sementara menuggu ikan menyambar umpan ali berkata"abu boleh tak sebutkan perkataan hujung yang aku sebut kan ini"abu menjawab"boleh".
ali:aku pergi ke hutan
abu:hutan
ali:untuk mencari kayu api
abu:api
ali:tiba-tiba aku rasa nak terberak
abu:berak
ali:aku pun berak dalam semak
abu:semak
ali:aku meneruskan perjalanan mencari kayu api
abu:api
ali:aku ke tempat dimana aku berak tadi
abu:tadi
ali:aku tengok tahi aku dah hilang
abu:hilang
ali:sape makan tahi aku
abu:aku
ali ketawa terbahak-bahak kerana sudah mengenakan abu yang bodoh itu.

Masa Sekolah Rendah Dulu2!!

Now we talk about my behaviour when i'm still in primary school, ok masa zaman budak2 sekolah dulu memang best siott..memang wa xleh lupa la beb(walaupun ada yg aku dah lupa,maklumlah perlupa), bila pikiaQ2 baik perangai aku dulu, memang aku rasa macam ngan gampang gila..haha memang dulu muka aku ni tebal mcam coversets 135LC(ceh apa kejadahnya??).

  (aku xdak dlm gmbaQ ni ok,gipun aku ambik kt google ja, gipun diaorang tak cute macam aku ni aku xkenal pun..haha)












    
Hhahahaha paling xleh aku ingat lagi dulu pasal rambut aku, dulu masa sekolah rendah aku selalu buat rambut sikat belah tengah..(hahahaha bapak skema syial..haha)


 Ok aku xde la skema habis macam brother kita kat atas nih sebab dulu aku hensem, sebab aku kalau dulu2 ada rupa macam nih..

                                         (hahaha perah santan tul aku nih,bak kata kawan aku)

Kalau dulu aku macam tu, tapi kini rupa aku ada iras2 macam nih sikit lah, jangan nak cakap banyak...hahahahaha

                                    (apa comment aku: hahahahahahahahahahahahahahahahaha)

Ok settle ceQita pasal rambut,malaslah aku nk ungkit, tapi sekarang jangan harap lah aku nak buat lagi rambut stail sikat belah tengah skema tu, sebab skrng ''saya sikat belah tepi'', ermm nih iklan apa xtau?? memang xleh blah. Masa aku sekolah darjah 6 dulu, budak2 sekolah aku layan main ''willy2'' basikal, alah angkat tayar depan basikal macam mat rempit buat tuh, sampai dalam sekolah pun diaorang buat, dulu basikallah pengangkutan utama aku, yelah nak naik moto kaki tak sampai dah lah aku pendek(hehehe xde la). Ada dulu aku memang gian gilalah main willy2 gerek nih, sampai satu masa tuh tayar belakang aku iaitu dia punya sport rim(wahh!!) gelong dah, dah bengkok truk dah kalau aku naik pun dah macam naik kereta kuda...kedekuk..kedekuk gitu..oleh kerana duit xdak maka aku carilah tayar basikal mini(oh ya lupa nak ckp, basikal aku masa tuh basikal mountain),.....




                         (lebih kurang camnilah basikal aku dlu(ya yg nih lawa sikit dari aku punya..fine)..)


             (ni plak basikal mini,tayar belakang basikal nihlah aku combine kat basikal mountain aku)

So korang try bayang tengoklah macam mana rupa dia, aku nak tunjuk gambaQ pun, puas aku cari dalam google image tapi haram tak jumpa...hahaha bapak pelik baqhang.. demi nak lepas gian main willy basikal punya pasal,aku sanggup pulak buat pelik2 kat basikal aku..hahaha stupid gila..

hahahaha ok stakat nih jelah aku cerita pasal sekolah rendah aku, lain kali aku ceQita len, lau nk gabung dalam satu entry, aku kololoform(confirm) mata hangpa satgi naik pening baca..hahaha jumpa lagi in next entry... :)