(sorry gambaQ ambik kt google image ja, nak harap kamera aku punya model pyh ckit, hangpa boleh tau sebabnya kat entry http://dinirsyad.blogspot.com/2012/02/idea-nak-adakan-post-tuk-tutorial.html nie)
Ok masa 1st time nak masuk kerja nie mestilah kena pi buat muka
Nak dipermudahkan cerita, kami pun diterimalah bekerja kat situ di bahagian warehouse ataupun bahagian store, bila bekerja kat bahagian store nie orang kat situ memang respek kat kami sebab tak ramai orang sanggup kerja bahagian tue sebab bahagian storelah yang paling
Masa tengah kerja tue, ada 2 benda sahaja yang aku tunggu sangat, satu ialah
Ok apa itu awek rambut tanduk??..hashahaha nie semua hasil pemikiran kolot aku dengan member aku, masa kerja kat situ ada la sorang awek ni dia suka buat rambut macam tanduk dan macam2 lagi stail rambut yang memang boleh menarik perhatian ramai orang
Oleh kerana kelembapan aku dan kerana sifat malu yang aku ada sejak dalam perut lagi nie, aku tak sempat nak kenal dengan beliau dan sampai sekarang aku tak tau nama beliau, kalaulah aku dapat berjumpa lagi dengan beliau akan aku gapai bulan mengambang penuh, tapi kalau takdak bulan penuh, bulan sabit pun jadilah dan akan aku packing dan balut serta klip dengan paper clip dan postkan pada beliau......ermmm sorry merapu petang2 nie.
Selain dari awek rambut, aku juga sempat berkenalan dengan seorang amoi, dia nie memang ramah la dan akun memang rapat la dengan dia masa kerja dulu. Aku punya member pun rasa hairan dengan aku kata aku duk adjust amoi tu...hahaha... lawak la hang nie Mus....amoi nie kerja dia kat tempat ayaQ tapi kadang2 dia selalu datang kat warehouse nak check barang dia cukup ke tak, dan masa nie la aku ambik peluang nak borak dengan dia. Tak macam awek rambut tanduk tadi yang kerja kat cashers bahagian depan, jangan harap la dia nak jejak kaki kat warehouse sebab memang takde sebab dia nak datang sini sebab kerja dia cuma tukang kira duit ja, so memang aku takdak peluang la nak sembang dengan beliau.
(amacam??..hehehe jangan jeles erkk..haha)
Tapi berbeza pulak dengan amoi nie sebab hari2 aku ada peluang nak sembang dengan dia, so oleh kerana keakrapan kami ini, kami pun mula bertukar-tukar no phone, email, fb, YM, myspace, alamat, no akaun, no engin dan sebagainya lagi. Kami pun mula keluar bersiar-siar pada hujung minggu sambil tengok wayang, main bowling, snooker, farmville dan sebagainya lagi, dan seperti pasangan yang lain juga, kami pun sering bergayut(bukan bergayut atas pokok ok!!) tepon setiap malam selama 4 jam lebih(perhh terbakaQ telinga ooo..). Tapi hubungan kami ini telah dihalang oleh kedua-dua orang tua beliau dek kerana perbezaan agama dan fahaman politik, jadi orang tua beliau melaporkan kepada polis dan polis membuat pergawalan dan rondaan di rumah beliau pada setiap masa dan dek kerana perhubungan cinta yang utuh antara kami, aku tempuhi jua sekatan polis itu dan berlaku adegan pergaduhan tembak-menembak antara aku dan pihak polis. Ketika itu anggota polis sudah ramai yang telah pengsan sebab terkena balingan batu dari aku, maka mereka pun meminta bantuan F.B.I, swat, tentera, C.IA, detektif, forensik, ambulan dan banyak lagi, tapi semuanya dapat aku tempuhi dan aku terus mengeluarkan senjata nuklear yang aku bawak kemana sahaja aku pergi....eermmmm???macam melampau pulak permbohongan aku nie kan??.
Ok minta pada semua jangan percaya apa aku cerita kat atas nie ya, saja aku merapu...hahaha aku dengan amoi tue kawan ja, macam kawan2 aku yang lain jugak, dan selepas genap sebulan kerja, aku dengan member aku pun stop sebab tak tahan bai.... ok lepas stop kerja nie aku pun jadilah kutu rayau kampung balik...hehehe ok cukup la setakat nie ya kwan2 semua, aku nak keluar date pulak nie...hahaha xde la, aku awek pun takdak, nak date kejadahnya apa...ok chow dulu yaa bye6.....
No comments:
Post a Comment