1.Pelukis..
: Ok nie adalah cita-cita dan impian aku sejak kecik lagi, sebabnya kebolehan nie aku sedar aku ada masa aku kecik lagi, time budak2 dulu besalah memang tangan nie gatai sikit, asyik nak contiang(conteng) ja kerjadahnya, jadi masa duk syok2 melakukan ''hobi'' aku tue, aku dan orang sekeliling aku mula sedaQ yang aku nie boleh melukis, jadi aku pun asah lagi la bakat aku tue dan sampai sekarang melukis masih menjadi hobi aku sampai sekarang, dan harap suatu hari nanti aku akan jadikan melukis nie sebagai kerjaya aku.
(haa ni la ''Potrait of Mona Lisa'',karya agung beliau)
(haa nie pula idola pelukis dari tanah air kita, Rahim Muda atau nama glamor beliau Imuda..respek baii)
Ok penulis..yess aku memang suka sangat mengarang nie, tu sebab aku buat blog nie..hahaha..ok bakat yang nie pulak aku sedaQ masa aku darjah 6, sebab time tue orang cakap aku nie pandai karang dan buat ayat, tue yang karangan masa UPSR aku boleh dapat A...hahaha...ntah la napa, sebab aku rasa melalui menulis, aku boleh luahkan apa yang aku rasa, jadi aku banyak meluahkan perasaan aku dengan menulis, sebabnya aku nie tak pandai sangat nak berkata-kata walaupun hakikatnya aku nie boleh dikatakan mulut yang agak ''KUAJAQ'' gak la..haha..dan impian aku nanti aku nak jadi seorang pengarang, terutamanya novel, kebetulan pulak aku nie memang kaki novel...hahaha ..dan hobi menulis nie aku apply kat FB, blog dan dalam diari aku supaya boleh di asah lagi.
3. Penyanyi...
: Yang ni pulak memang hobi aku hari-hari, tak sampurna hidup aku kalau tak menyanyi untuk satu hari.. dalam sehari tue mesti aku akan ambik gitar aku pastu melolong melayan ferasan aku nie. member2 rumah aku dah faham sangat aku nie macam mana, kalau tak nyanyi guna gitar pun aku akan main laptop, pasang headphone pastu sambil nyanyi...hahaha.....ok bakat yang nie sedaQ ketika aku pi karoke dengan kawan aku dekat Jitra Kedah tahun 2010, time tue aku try nyanyi lagu ''Awie-Dipenjara Janji'', perhhh tak sangka gila kot aku boleh bawak lagu tu, dengan high2 pitching(mcm salah ja aku eja tu??) dia aku bantai rilek je nyanyi, member gua pun terkejut aku boleh nyanyi lagu tu dan sejak hari tu aku sedaQ yang aku boleh nyanyi guna suara dari perut macam Awie. suara kecik baii..perhhh best ooo...
4. Aku Nak Tubuhkan Band Muzik..
: Bila cakap pasal Awie, mesti ingat kat kumpulan Wings.... Ok ntah la nie boleh jadi kenyataan ataupun tidak, tapi harapan aku nak tubuhkan satu band rock macam kumpulan Wings tue dan harap2 dalam band aku tu akan ada gitarist lefthanded dengan righthanded jugak macam band Wings nie. Bukan apa nak cari lefthanded gak, tapi aku tengok masa Wings perform atas stage..perhhh smart kot sorang main belah kanan dan sorang lagi main belah kiri, kalau rajin tengok la video nie http://www.youtube.com/watch?v=IUaCMUxlpO4 , lagu Harapan by Wings, stylo giler lah wa tengok beb.
(rock selamanya...yeaaaaaahhhhhhhhhh)
(stylekan kalau lefthanded dengan righthanded)
Tapi kalau aku takleh buat band macam Wings, band ala2 SteelHeart pun ok gak!!!
(aku suka lagu ''She's Gone'' dari diaorang..perhh memang naik bulu roma kalau dengar)
5: Aku Nak Tubuhkan Syarikat Aku Sendiri..
: Yang nie memang impian aku yang kalau boleh aku nak capai sangat2 la, dan syarikat aku nie aku akan gabungkan berkaitan dengan semua jenis seni dalam dunia nie, contoh macam seni muzik, seni lukis, seni penulisan, seni photography, seni perfileman, seni lakon, dan macam2 lagi la yang berkaitan dengan seni. Dan kalaulah impian aku nie tercapai, aku akan ambik beberapa orang yang rapat dengan aku untuk bersama-sama berjuang dalam syarikat aku tue.
6: Nak Buat Filem..
: Ni aku tak tau akan tercapai ataupun tidak, tapi dalam kepala otak aku ada la beberapa idea nak buat cerita, dan idea2 nie aku dapat bila aku tido, yaknie aku dapat melalui mimpi yang aku alami. Ada gak idea aku dapat secara spontan secara aku tak sengaja, tapi aku tak tau camna nak start camna, dan aku rasa aku nak start melalui penulisan novel dulu sebelum jadi sebuah filem, lagipun aku memang suka menulis pun..hahaha
7: Nak kawen...hahahaha....
:Aku rasa semua orang mesti ada impian nie kan..hahaha... ok aku dalam bab cari jodoh nie aku cerewet sikit dan seriusly aku tak pandang sangat rupa paras bakal teman hidup aku, tapi benda yang paling aku tengok, yang paling aku sangat2...ok di ulangi..''SANGAT2'' aku titik beratkan ialah perangai insan tersebut, dan walau cantik bak Neelofa(aku minat gila dia nie..haha) ke,Lisa Surihani ke tapi perangai cam hampeh, memang sorry to say la, gua cakap camnie je kat beliau ''lu blah skrang, lu blah skrang''. Dulu aku pernah la gak kawan dengan yang rupa tu ada, tapi bab perangai memang aku tension, bukan sebab jahat ke ape cuma tak pandai nak jaga perasaan orang lain dan suka pentingkan diri sendiri, dan suka sangat tengok kekurangan orang lain sedangkan diri sendiri pun tak sempurna dan pandang rupa orang lain kalau nak jadikan dia tu kawan kita, heyyy kalau nak kawan takyah tengok rupa la sebab kita berkawan sebab ikhlas dan kadang2 kwan2 yang nampak jahat tu la sebenarnya kawan-kawan sebenar kita kat dunia dan akhirat nanti. Ok calon isteri aku nanti tu rupa aku tak titik beratkan, yang penting ramah, serasi bersama, boleh diajak bergurau, tau tangungjawab, ikhlas dengan aku, seseorang yang happening(cam salah ja aku eja??), dan sudi bersama dengan aku tuk selamanya :)
(nie la Neelofa bagi yang tak kenal tue)
(dan aku cukup happy kalau dia bertudung camnie, manis je)
8: Nak buat business photography...
: Yang nie saja jer nak try buat, gipun aku memang suka ambik gambar, cuma satu je kekurangan, aku xdak kamera, harapkan kamera tepon jela yang aku leh guna pun. Tapi insyaallah nanti aku nak himpun duit nak beli kamera, tapi syok sikit snap gambaQ...hahaha
Ok aku rasa cukup la setakat nie ja yer, aku dah buntu nak taip natang apa lak nie, dan aku nak tulis entry lain pulak, dah banyak hari aku duk buntu nak habiskan enrty nie, nak cari idea punya pasal...ok see ur all soon............
No comments:
Post a Comment