Powered By Blogger

Sunday, 10 March 2013

Filem "Rock Ooo"... Wa salute beb...

             Amboi lama jugak rasanya aku tak jenguk blog ni, biasalah mood tak berapa nak ada, pastu laptop pun jahanam, ni wa pakai laptop mak wa beb, sabaQ jelah. Walaupun hati gelisah, fikiran berserabut, jiwa x tnteram dan laptop sendiri kini berada di gengaman insan lain sebab atas reason nak kena repair, aku tetap berasa bersemangat nak tulis blog kali ni, iaitu berkaitan dngn filem yg trbaru ni..ROCK Ooo....



                Aku dah pi tengok cita, wa cakap lu beb, memang best, penuh nostalgia, mengimbau kenangan zaman kegemilangan musik rock yang ketika itu bagaikan satu fenomena pada musik Malaysia, dimana saat itu rock bagai menguasai aliran musik Malaysia. Aku walaupun masa tu mungkin xwujud lgi, tapi bahang kegemilangan zaman tu dapat aku rasa, walaupun hanya mampu mendengar lagu2 nostalgia pemuzik pada dahulu kala. TENGOK!!!..aku dengar lagu dulu2 pun dah dpt rasa betapa gemilangnya industri musik kita pada masa tu, apatah lagi bila kita sendiri berada pada zaman tersebut.

                 Sebagai insan yang tak sempat merasa kegemilangan zaman tersebut( Dan(-sempat) rsa tempias ja), so aku setuju sangat dengan pembikinan filem-filem sebegini, jadi saya tabik springs sama Mamat Khalid, syabas untuk karya hebat ini. Dengan adanya filem sebegini, secara tidak langsung insan-insan hingusan  seperti kami ini untuk memahami bagaimanakah zaman gemilang genre rock bergerak(awat aku rasa mcm buat karangan sekolah ja tak tau??).

       (antara babak dlm filem "Rock Ooo"..lebih kurang mcm ni kot suasana di kota Kl msa demam Rock melanda negara, gila best ja bila tngok.)

             
                  Dalam filem Rock Ooo ni kita bolehlah tengok macam mana susahnya pemuzik zaman tu nak naik jadi artist, bukan macam sekarang ni, nak jimat, save tenaga, dan nak mudah jadi artist, boleh ja upload video cover masuk internet, lau orang suka nah satgi adalah orang offer jadi artist. Sekarang pun macam2 orang buat nak cari penyanyi, rancangan realitilah, audition sana-sinun, AF lah, Mentorlah, macam2 cara ada. Tapi dulu manalah nak ada semua ni, nak jadi penyanyi?, nak jadi pelakon?, nak jadi artist?, nah kena sendiri turunlah KL maa mau cari peluang, kalau tak jangan mimpilah kalau duk terperuk ja kat kampung.


               Jadi dengan adanya filem sebegini, dapatlah kita faham betapa banyaknya dugaan dan cabaran yang terpaksa pemuzik2 dulu-dulu kena tempuh sebelum mereka berjaya diangkat sebagai artist. Misalnya dalam cerita ni Amy Mat Piah(Que Haidar), Jijo(Khir Rahman), Slash Haji Tapah(Pekin Ibrahim), dan Mi Black(Azmi Bahron), terpaksa turun ke KL sebab nak cari peluang jadi artist, sampai KL nah manager hilang pulak. Oleh sebab pemuzik dulu2 susah nak naik jadi artist dan kena hadapi pelbagai halangan, ini menjadikan mereka lebih menhargai setiap peluang yang ada dan ikhlas dalam berkarya. Oleh kerana pemuzik2 ini memulakan perjalanan seni diorang dari jalan yang sangat susah, ini menjadikan mereka lebih berdisplin dalam berkarya sebab tak nak lagi menhadapi kesukaran yang terpaksa dihadapi sebelum mereka menjadi artist.



                    Oleh yang demikian, karya2 pemuzik dulu-dulu wa cakap lu beb memang berada dalam kelas yang tersendiri, banyak yang bermutu, penuh penghayatan , maksud yg trsurat dan trsirat yang sangat mendalam maksudnya dan hits dan sesuai didengar untuk sepanjang zaman. Lagu dulu kalau pasanglah bila2 pun, mesti boleh layan lagi dan tak terasa pun yang lagu tu dah lama walaupun mungkin dah berusia berpuluh-puluh tahun, berbanding dengan lagu2 sekarang, hits kejab ja pastu orang dah lupa, bila kita pasang balik macam terasa lagu tu dah lama pulak, kdang2 nk pasang pun segan takut orang kata kita ketinggalan zaman sebab dengar lagu yang dah lama walaupun baru beberapa tahun, kadang2 baru beberapa bulan pun orang kata lagu tu dah lapuk.

                   Pada yang tak tengok lagi cita ni, aku saran pi lah tengok, serius best aku rasa macam nak pi tengok sekali lagi, kita boleh tengok jatuh bangkit muzik rock , dari zaman kegemilangan muzik rock hinggalah dimana muzik rock semakin jatuh zaman akibat dari pelbagai faktor. Bila aku tengok filem ni, baru aku faham kenapa muzik rock melalui zaman kejatuhan, macam2 sebab antaranya muzik rock dikatakan ikut pengaruh yahudi, bagi contoh yang tak baik, isu rambut panjang pulak dipersoal hingga ada ikon rock malaya yg kena gunting rambut live2 , dan pelbagai lagi, serius sedih tengok ending dia.


             
                Ok aku rasa dah cukup panjang aku taip ni, aku bukan apa, aku kagum gila dengan cerita ni, sampai aku yg tak berapa minat masuk panggung ni boleh tertarik nak masuk sebab nak tengok cita ni. Serius best, muzik latar best, jalan cerita best, komedi best, nilai2 persahabatan syahdu, semangat juang yg tinggi gred A++, dan pelbagai lagi keistimewaan cerita ni tambah2 korang adalah berjiwa rock macam gua ni.

              Kat bawah ni gua nak kongsi sikit gambar babak2 dalam cerita ni, aku ambik kat google image ja ni, dan aku harap zaman rock kapak boleh dikembalikan, sebab aku pun nak rasa kehebatan zaman ni.

    (1 pinggan maggie kena share 4 orang, sampai Zul Kapan(Soffi Jikan) kena histeria la,bersilat bagai)

              ( Amy Mat Piah( Que Haidar ) dan Slash Haji Tapah( Pekin Ibrahim) .)

                         ( Kembalikanlah keindahan musik yang pernah megah satu ketika dahulu..)

ROCK OOooooooooooooo.................