Powered By Blogger

Sunday, 4 March 2012

Journey to Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah!!

Ok beberapa hari lepas aku ada buat satu konvoi(alah tujuh orang ja pun!!) pi kolam AyaQ Panaih Ulu Legong, kat Baling Kedah, perjalanan nak pi sana memang layan la tapi ada la beberapa kejadian yang berlaku.. hehehe yang tu satgi aku ceQita nohh...

                                        (ni dia punya sign board, kalau nak datang, mai jela yaa..)

Kami ingatkan tak pergi malam tu sebab member aku pun dia suggest main2 je secara spontan, tapi tak sangka pulak semua setujun walaupun pada mulanya rasa malas je nak pergi, tapi bila memikirkan yang kami ada beberapa minggu je lagi nak cuti semester, jadi kami pun decide la apa salahnya sebelum cuti tu kami pi release2 tension ramai2 macam tu, alah bukan selalu pun ada peluang macam tue.

Masa mula2 nak keluar pada malam tu kami dah dapat rasa hujan dah rintik2 turun melimpah membasahi keringat ku ini..ceehh apa aku merepek??.. walaupun dah rasa hujan sikit2, tapi kami jalan buat tak tahu ja sebab kami dah plan dan dah packing dah apa semua, takkan tak jadi pulak!!!penat la aku packing.

                                      (grrrrrrr..aaaarrrrrrrrr........aku nak mandi ayaQ panaih!!!)

Ok lepas dah isi minyak apa semua kat petronas Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah, kami pun memulakan perjalanan kami dimana aku menjadi kepala(ketua) dalam perjalanan tu. Tapi rasanya belum sampai 1 kilometer perjalanan tu, tiba2 moto gua buat pasal pulak, ntah tiba2 bila sampai traffic light ja moto gua mati pulak, time tue aku dah cuak gila babas dah(weh wakluu!!!aku boh minyak 8 ringgit hang buat aku camnie!!!). So kami pun tolak tepi la moto aku nak check2 apa yang patut, time tu aku dah tension dah belum apa2 moto dah buat problem, ape celop toQQ??, tapi bila aku adjust plug moto tu, akhirnya hidup pun dan kami terus meneruskan perjalanan.

                                     (aku naik moto nie la malam tu, kes tu aku yang duk depan)

Ok selepas itu perjalanan kami lancar tanpa sebarang dugaan apa pun, tapi ada sampai satu tempat nie lepas kami keluar dari stesen minyak shell sebab benti rehat sat, tengah aku ngan member aku duk Qalit(leka) duk tengok gunung, tiba2 kalih ja kat depan tudia haihh ada kereta mabuk mana tak tau mai tala(menghala) ke arah aku dengan secara bertentangan, depan2 moto aku lak tu sikit ja lagi, gila tiba2 tengok ja depan ada kereta duk tala depan aku, mau tak cuak aku dengan member aku time tu, dan lepas tu kami pun hon la kereta tu beramai-ramai dengan di iringi beberapa makian yang ikhlas tulus dari hati kami.

Alhamdulillah selepas tue segalanya berjalan dengan lancar sekali dan kami pun sampai la kat kolam ayaQ panaih tue...


Lepas sampai saja situ dalam kepala otak aku dah takdak benda lain, aku pikiaQ nak terjun ja nie, maklumlah mula2 tu dah kena hujan dah sikit dan time tu dah pukul 12 kot sikit punya sejuk, memang heaven la bila dapat pekena ayaQ panas tu..perhhh.... Ok setelah membayar yuran(tiket) sebanyak 4 ringgit, kami pun mula mencari port baik punya untuk mengusha awek untuk lepak dan mandi2 kat situ.

(nie kalau waktu siang, kolam yg kat depan tu kolam semula jadi, memang takat didih leh buat teh tarik, tapi time nie diaorang tak taruk pagar lagi, skrng dh taruk pagar)

Ok lepas dah jumpa port dan dah salin baju apa semua, kami pun try panaskan badan kat kolam yang kat atas nie dulu, time nak turun mula2 tu pehh sikit punya perit, panaih baQ hang. Ok lepas dah lepas ujian tue, kami pun mula la enjoy dengan kolam2 yang lain pulak tapi takde la pi berenang kat kolam semula jadi tu, gila aku letak tangan ja dah mengelupur satu badan, aku tak tau bila last orang mandi kolam tu sebab memang nampak ngeri giler la, berasap semacam je aku tengok.

                                               (nie la suasana kat situ malam2...besttttt!!!!)


Ok lepas dah macam penat kitaorang lepak la kat kolam yang paling besar tu sambil usha awek melihat gelagat2 manusia2 kat situ dan masa tue aku ada terpandang seseorang manusia nie, dalam kepala aku duk pikiaQ tu laki or pompuan??sebab time tue aku tengok dari jauh lagi, tapi bila datang dekat baru perasan dia pompuan rupanya, dengan gaya rambut pendek dan baju dia pakai t-shirt bola je n tak ketat, sebab tu dari jauh nampak macam laki jer. Bila dia dah agak lama kat situ baru aku perasan..wah!!..cun jugak dia, serius dengan kulit licin putih lak tu dengan wajah beliau yang manis dan ayu2 gitu yang murah dengan senyuman, tergoda gak aku tapi aku tengok gaya macam tomboy so aku tak beranie la nak kacau, kang tak pasal2 aku makan penampar ke penumbuk ke, tapi serius cun kot, lagi cun kalau dia berambut panjang dan pakaian yang nampak ladies cikit, tobat aku adjust...hahahaha

               (hahaha hangpa baca kn,''baik punya'', tulah kolam semula jadi, skrng dh pasang gate)

              (haaa...nie kolam semual jadi, amacam ngeri tak??sikit punya scary dia punya asap tue)

Ok lepas puas aku duk usha awek tue kami duk berendam kat situ, dalam pukul 2.50 pagi, kami pun wat keputusan nak balik dan bermulalah sekali lagi perjalanan yang panjang itue. Masa dalam perjalanan tu ada kat satu selekoh nie, perhh memang bikin aku terkejut, aku ingatkan bayang apa kebenda, rupanya ada lembu kat depan, pastu dia siap port kat betul2 tengah jalan, gilalah dah la gelap time tu nasib baik takde yang langgar lembu tue, kalau tak mau kami patah balik gi kat sana nak rebus bangkai lembu tu buat kenduri.

Masa nak balik tu kami sempat lagi race dengan budak2 kampung kat situ, mestilah kami memang, tengok la naik moto apa bai, rxz kot, setakat hangpa eleh ex-5, wave, memang kacang la...hahaha tapi budak2 tu yang start dulu, kami niat nak potong ja, tiba2 dia pi pederas lagi moto macam nak race, memang aku pecut terus la kasi hangpa makan asap aku..hahaha rasakan...

Tengah aku duk syok punya duk layan main corner,...perhhhh jalan kat situ memang best, dia punya selekoh banyak, bukit pulak tue, dah la time tu kenderaan tak banyak lalu, memang aku pecut alayan corner la..best siot.... tapi dengan duk syok tibai laps, tiba2 member gua tepon cakap moto member kami tayar pecah dan diaorang suruh aku tunggu, lepas2 tu takleh la aku kasi layan dah, masing2 bawak 30km\j je.

Oleh kerana bawak perlahan dan kereta moto pun tak banyak, masing2 dah naik gila dah, macam aku kasi bantai duduk atas tank moto rxz aku , perhh sikit punya layan, tinggi lain macam je, kenderaan yang lalu dah usha pelik dah..hahaha.....tapi part paling best dan memang ''rare'' leh buat ialah, kami turun dari moto beramai-ramai kat traffic light dan excecise kat situ...hahaha memang best dan orang lain pun aku rasa mesti dah pelik tengok kami, gaya macam baru balik dari Johor je.

Ok aku rasa dalam pukul 6 pagi macam tue kot kami sampai kat rumah sewa, dan lepas dah masuk moto2 yang agak mahal dan ''wanted'' kedalam rumah, kami semua terus bantai tidoQ kat depan ruang tamu beramai-ramai. Ok sampai disini sahaja cerita kami, ok jumpa lagi in next entry ya, ok bye2!!!......

No comments:

Post a Comment