1: Ke-te-gaQ...
: haa yang nie memang sesuai ditujukan pada hangpa semua yang sedang membaca nie,...hahah takdak haiihh cheQ gurau2 ja noh, jangan duk melenting pulak. Ok maksud dia ialah degil, keras kepala, tak dengaQ cakap oQang dan lain2 yang sama erti dengan beliau..
''Hang nie aku kata banyak kali dah, tapi ketegaQ nak jugak pi ngorat Minah Wresling tue, kan dah kena smackdown sekali dah, haa lain kali buat la lagi noh''
(ambik hang!!!!)
2: He-Qhot-Petot...
: Ok dia punya meaning ialah..tudia speaking la pulak kuh inihh!!!..ok maksud dia ialah benda2 yang senget- benget, dan apa2 lagi lah yang sama waktu, aku pun xtau nak taip apa nie, pikiaQ sendiri la noh.....
''Cikgu Dol Salimun: apa benda yang Shafiq lukis nie??
Shafiq Anak Baik: oohh nie bentuk petak la cikgu!!
Cikgu Dol Salimun: Awat yang ''heQhotpetot''lain macam ja nie, hang padam lekaih, aku terajang satgi kot!!!''
3: Me-Qhe-la....
: Ok makna dia macam gatai(bukan gatai sebab kena ketit semut gatai or nyamuk), mata keranjang, mengada-ngada dan lain-lain lagi lah!!...
''Amboi ''meQhela'' sangat haihh dia lanie, kot ya tunggu la bahi habih SPM dulu kot ya nak kahwin dulu, ni baru PMR dan gatai dah nak menikah..ishh2''
4: LoQ-laQ.....
: loQlaQ nie ialah cuai, lalai, leka, pengotoQ, tak senonoh, ntah papa.....ermm tu ja kot??...
''Ishh ''LoQlaQ'' sungguh la dia nie, nak angkat peti sejuk tu pun tak larat ka??asyik dok jatuh ja''
''Awat hang nie ''LoQlaQ'' sangat nie, duk korek idung depan orang nie??aku dok makan nie!!''
(''rilek la der...taik idung aku dah full tank la beb'')
5: Ha-wing.....
: Dia lebih kurang macam baling la, tapi hawing nie biasanya kalau kita baling, benda yang kita baling tu akan berpusing-pusing diudara, contohnya buku(bagi yg pernah buku sekolah kena baling oleh cikgu(macam aku) mesti dah biasa dengan ayat nie, sadis kot)...dan saja2 baling benda sebab marah or apa2 la...
''dalam diari: Hari inie buku sekolahku di''hawing'' lagi oleh cikgu ku..sobb3..''
6: Pung-gai...
:beliau nie lebih kurang dengan ''hawing'' gak, cuma ''hawing'' dia baling buang camtu ja, tak dibaling sebab nak tuju pada sesuatu benda or mahkluk. Punggai nie function dia sebab nak baling pada sesuatu, contohnya nak baling pada orang yang kuajaQ dengan kita sebab baru ''bang bang boom'' kn kita..cehhh...
''Woi Samdollah!!!!...hang memang kuajaQ....hang mai sini aku nak ''punggai'' kepala hang dengan kayu snooker aku nie,memang terbaek la taruk minyak 2T dalam sup ayam aku kan!!''
7: Te-nga-long...
: Kalau punggai biasanya banyak ditujukan duk punggai kat kepala orang, tengalong pulak dia baling yang macam baling pada anggota badan yang lain macam badan kita la, ok ''hawing'' baling sebab lepaskn emosi tapi tak ditujukan pada sesuatu, ''punggai'' baling sebabkan lepaskan emosi pada mahkluk(ditujukan kat kepala), ''tengalong'' lepaskan emosi pada mahkluk(ditujukan pada anggota badan yang lain)......
''Mat RM2: Weh!!!awat yang hang pi ''tengalong'' botoi minyak tu kat peQut aku nyion!!??
Leman DuQian: Ditanya lagi pasaipa aku ''tengalong'', hang kan yang duk skodeng aku ''melabuQ(buang air besar) kat jamban belakang tu semalam??
Mat RM2: Jadah apa inie???''
8: Me-Qhe-kah..
: Kupas, koyak dan apa2 la yang dekat-dekat dengan area maksud dia tu...hahaha sorry xdak ayat:
''Aini kelihatan seperti sedang ''meQhekah'' buah limau itu dengan mengunakan tangan beliau, sambil ditemani oleh Aina''
9: AyaQ A-chaQ...
: air achaQ nie ialah sejenis jus yang dimana buah untuk buat jus tu diimport dari luar negara demi nak jaga dia punya keenakkan jus tersebut....ermmm...ok yang tadi tu semua aku MOHONG ja, air or dalam loghat utara ayaq achaq nie ialah air longkang..hahaha ada ka ayaq longkang yang diimport..haha:
''Din dan Irsyad sedang asyik benor(Perak kah??) bermain-main di dalam longkang tersebut, dan sekali sekala mereka terminum ''ayaQ achaQ'' dari longkang tersebut, ''JUS'' kata diaorang..hahah''
10: Ke-le-pi-aQ....
: maksud beliau ialah melipas tangan tak tentu arah, biasanya akan terjadi bila seseorang kena tangkap, dia akan melibaskan tangan dia tanpa arah sebab nak lepaskan diri dia:
''Cukup seksa la nak tangkap Daruih tue weh, sakan gila tangan dia duk ''kelepiaQ'', abih lebam muka aku nie''
Ok stop dulu takat tera nie dulu, aku nak pi
No comments:
Post a Comment