Monday, 5 March 2012

Pengalaman Masa aku Kerja kat Star Parade AloQ StaQ!!

Ok ada hari tu aku ada cerita pasai apa yang aku buat masa habis ja SPM, aku pun tak hingat hari apa??HAAHHH persetankan semua itu...hari tak penting yang penting apa yang ingin disampaikan(wahh!!! dah macam drama petang2 pulak!!).. Ok dalam entry http://dinirsyad.blogspot.com/2012/02/apa-aku-buat-bila-habis-spm.html nie ada aku cerita pasai aku da pi try kerja kat satu supermarket nie, nama beliau ialah ''Star Parade AloQ StaQ'',....


(sorry gambaQ ambik kt google image ja, nak harap kamera aku punya model pyh ckit, hangpa boleh tau  sebabnya kat entry http://dinirsyad.blogspot.com/2012/02/idea-nak-adakan-post-tuk-tutorial.html nie)

Ok masa 1st time nak masuk kerja nie mestilah kena pi buat muka comel tebal kat pejabat dia dulu, tapi yang lawak aku ngan member aku dekat 4-5 kali gak la duk berlegar-legar depan pintu pejabat dia tu konon2 saja la duk usha2 barang nak beli...hahaha sikit punya permalu sorang pun tak mau mengalah suruh masuk pi minta kerja, last2 kami pun setuju la kata dua2 orang teQuih(terus) masuk pi mintak, senang ceQita.....

Nak dipermudahkan cerita, kami pun diterimalah bekerja kat situ di bahagian warehouse ataupun bahagian store, bila bekerja kat bahagian store nie orang kat situ memang respek kat kami sebab tak ramai orang sanggup kerja bahagian tue sebab bahagian storelah yang paling wadafak teruk sekali, mau tak teruk semua barang2 berkumpul kat tempat kami, kamilah kena ambik, kamilah kena susun, kamilah yg kena duk angkut dan kamilah yang kena duk pi antaQ barang2 tue kat tempat yang sepatutnya, dah la kena antaQ siap kena pi susun lagi kat tempat tue kalau ringan takpa la aku tak kisah, tapi nie semua yang memang nak bagi putuih(putus) urat makan aku, berat nak mampuih.

Masa tengah kerja tue, ada 2 benda sahaja yang aku tunggu sangat, satu ialah awek rambut tanduk waktu rehat dan kedua ialah mestilah waktu nak balik sebab time2 camnie la aku boleh rilek. Masa waktu rehat masa hari 1st kerja tue, perhh aku sampai pesan 2 gelas ayaQ sebab letih punya pasai tu pun rasa tak cukup lagi. Bila tiba time balik pulak, perhhh..memang heaven bai...rasa diri ini bebas gila2 ba** la.....huhuhu

Ok apa itu awek rambut tanduk??..hashahaha nie semua hasil pemikiran kolot aku dengan member aku, masa kerja kat situ ada la sorang awek ni dia suka buat rambut macam tanduk dan macam2 lagi stail rambut yang memang boleh menarik perhatian ramai orang termasuklah aku disana. Masa aku kerja kat situ aku memang minat kat minah nie tapi kami jarang dapat peluang untuk beborak dan berkenalan dan akhirnya aku melepas sebab aku berhenti kerja selepas genap sebulan aku kerja situ dan dia pulak berhenti selepas beberapa minggu aku berhenti, mungkin sebab takdak aku kot tue yang dia berhenti tue(cehh ferasan gila!!).

Oleh kerana kelembapan aku dan kerana sifat malu yang aku ada sejak dalam perut lagi nie, aku tak sempat nak kenal dengan beliau dan sampai sekarang aku tak tau nama beliau, kalaulah aku dapat berjumpa lagi dengan beliau akan aku gapai bulan mengambang penuh, tapi kalau takdak bulan penuh, bulan sabit pun jadilah dan akan aku packing dan balut serta klip dengan paper clip dan postkan pada beliau......ermmm sorry merapu petang2 nie.

Selain dari awek rambut, aku juga sempat berkenalan dengan seorang amoi, dia nie memang ramah la dan akun memang rapat la dengan dia masa kerja dulu. Aku punya member pun rasa hairan dengan aku kata aku duk adjust amoi tu...hahaha... lawak la hang nie Mus....amoi nie kerja dia kat tempat ayaQ tapi kadang2 dia selalu datang kat warehouse nak check barang dia cukup ke tak, dan masa nie la aku ambik peluang nak borak dengan dia. Tak macam awek rambut tanduk tadi yang kerja kat cashers bahagian depan, jangan harap la dia nak jejak kaki kat warehouse sebab memang takde sebab dia nak datang sini sebab kerja dia cuma tukang kira duit ja, so memang aku takdak peluang la nak sembang dengan beliau.

                                                 (amacam??..hehehe jangan jeles erkk..haha)

Tapi berbeza pulak dengan amoi nie sebab hari2 aku ada peluang nak sembang dengan dia, so oleh kerana keakrapan kami ini, kami pun mula bertukar-tukar no phone, email, fb, YM, myspace, alamat, no akaun, no engin dan sebagainya lagi. Kami pun mula keluar bersiar-siar pada hujung minggu sambil tengok wayang, main bowling, snooker, farmville dan sebagainya lagi, dan seperti pasangan yang lain juga, kami pun sering bergayut(bukan bergayut atas pokok ok!!) tepon setiap malam selama 4 jam lebih(perhh terbakaQ telinga ooo..). Tapi hubungan kami ini telah dihalang oleh kedua-dua orang tua beliau dek kerana perbezaan agama dan fahaman politik, jadi orang tua beliau melaporkan kepada polis dan polis membuat pergawalan dan rondaan di rumah beliau pada setiap masa dan dek kerana perhubungan cinta yang utuh antara kami, aku tempuhi jua sekatan polis itu dan berlaku adegan pergaduhan tembak-menembak antara aku dan pihak polis. Ketika itu anggota polis sudah ramai yang telah pengsan sebab terkena balingan batu dari aku, maka mereka pun meminta bantuan F.B.I, swat, tentera, C.IA, detektif, forensik, ambulan dan banyak lagi, tapi semuanya dapat aku tempuhi dan aku terus mengeluarkan senjata nuklear yang aku bawak kemana sahaja aku pergi....eermmmm???macam melampau pulak permbohongan aku nie kan??.

 Ok minta pada semua jangan percaya apa aku cerita kat atas nie ya, saja aku merapu...hahaha aku dengan amoi tue kawan ja, macam kawan2 aku yang lain jugak, dan selepas genap sebulan kerja, aku dengan member aku pun stop sebab tak tahan bai.... ok lepas stop kerja nie aku pun jadilah kutu rayau kampung balik...hehehe ok cukup la setakat nie ya kwan2 semua, aku nak keluar date pulak nie...hahaha xde la, aku awek pun takdak, nak date kejadahnya apa...ok chow dulu yaa bye6.....

No comments:

Post a Comment