Powered By Blogger

Friday, 24 February 2012

Macam mna agaknya lau ilang kwan ya??!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, mungkin entry aku kali ini agak berbeza dari yang sebelum- sebelum nie, kali ni aku nak ceQita mengenai haiwan perliharaan aku iaitu kisah sepasang hamster.

                  (ya ini la hamster bagi sesiapa yang tak kenal, tapi aku pasti mesti semua kenal punya)

Ok pada hari jumaat 24.2.2012, salah sekoQ hamster aku mati, kesian dia aku tengok time tu dengan semut gatai duk kerumun dia, memang sadis, but apa yang wat aku lagi terharu ialah bila aku memikirkan mengenai kawan dia yang setakat nie aku tengok masih sihat walafiat. Tapi aku tak tau sama ada korang semua akan ber fikir macam aku nie, antara yang ada dalam kotak fikiran aku sekarang ialah ''apalah yang hamster ni akan rasa bila duk sorang'' , ''bagaimana perasaan dia bila selalunya berdua,tiba2 tnggal sorang'', ''adakah dia berfikir yang kawan dia hanya pergi sebentar sahaja dan akan terus menunggu'', ''adakah dia akan berfikir kawan dia akan kembali semula wlaupun semua tu mustahil'', ''confirm dia fikir kemana la kawan dia pergi'', tapi kalau la aku leh cakap ngan dia, aku nak gitau kat dia macam nie''wahai hamster,sebenarnya kawan ko skarang berada ''jauh'' sangat dan dia sedang berehat dengan ''tenang'' sekali'' dan suatu hari nanti ko akan dapat berjumpa lagi dengan dia :) ...

                            (''ok my friend,after this all will never be the same as usual, take care'')

Serius aku tengok hari ni hamster aku tu macam lain sikit dari hari2 yang biasa, macam pelik sikit perangai dia, selalunya dia aktif ja main yang pusing2 tu, tapi arini dia bnyk duk diam ja, pastu dia macam mencari sesuatu, asyik terjenguk-jenguk ja, mesti dia rasa kekok sangat, ''kemanalah kawan aku pergi nie, aku dah tunggu dari tadi nie, xpe lah nanti balik la tu, banyak aku nak borak dengan dia ni, balik cepat ya :) '', kesian beliau tanpa dapat mengerti yang kawan dia takkan balik semula nak borak2 dengan dia, main2 dengan dia macam selalu, tapi sekurang-kurangnya hang ada bersamanya waktu saat2 terakhir dia kat dunia ni, itu la yang dinamakan ''sahabat sejati'', sahabat yang berada di sisi sahabatnya hingga ke akhir hayat beliau, believe me man, ur are the true friend :) ...

               (''thank ur my friend, bcoz willing to be with me for the whole time, i will never forget ur'')

Ermm sambil2 aku taip ni, aku usha2 la aku punya hamster tu, perhh gila lah nampak tak bersemangat gila,  pastu dia tak main langsung mainan yang pusing2 tu, lau dia naik atas tu pun dia naik duk diam ja, hamster pun rasa lain macam kalau dah hilang kawan, inikan pula kita yang manusia nie, yang dimana tuhan kita dah ciptakan kita menjadi sebaik-baik ciptaan dan seelok-elok mahkluk yang diciptakan mempunyai akal dan berbagai-bagai perasaan.

                  (''sahabat,bilakah engkau akan kembali,ku rindu padamu, pliz aku perlukanmu'')

Rujuk pada hamster kat atas, aku takleh bayang macam mana aku rasa kalau aku yang hilang mana2 kawan aku, serius kawan tu sangat penting pada aku, aku takut gila kalau hilang diaorang, bila aku tengok ja hamster nie, aku macam boleh rasa kosongnya hidup dia kalau takde kawan. Believe me all my friends, ur all worth to me,no money can't buy ur from me, no property can't change ur all, and ur all priceless to me :) .

Serius aku ni tak setabah mana nak terima kalau aku hilang kawan2, tengok hamster hilang kawan dia pun aku dah boleh faham mana kalau hilang kawan, hidup akan jadi tak keruan, keluh kesah, hidup kosong, nak kongsi masalah takda yang boleh kita luahkan, ada masalah takda yang boleh kita ceritakan, takde tempat nak mengadu, aku pernah cakap benda ni kat kawan2 rapat aku ''aku ni kalau takdak awek aku boleh gi hidup, tapi kalaulah aku takdak kawan, perhh aku memang xleh duduk, rasa kosng gila'', ok inilah gambaran serba sedikit tentang betapa penting kawan tu pada aku, so don't delete me from ur friendship list :) .....

Nanti kalau aku free aku cari kawan baru kat hang hamster, walaupun ia takkan sama macam kawan lama, tapi aku xleh la tengok hang duk sorang2, macam dah takdak arah pulak aku tengok, bersabarlah hamster, jangan risau ''patah tumbuh hilang berganti'',mana tau akan dapat yang lagi baik lepas nie :)

p/s: hargailah kawan2 hangpa selagi ada kesempatan, jangan sampai dah hilang dan dia dah ''pergi'' baru hangpa nak terhegeh-hegeh nak cari, sebab time tu baru nak cari sia-sia jelah, dia takkan balik semula, jadilah macam hamster ni, hingga sampai akhir hayat kawan dia, dia still boleh stay lagi....

'' the feel of friendship that come from bottom of our heart, will stay together for the rest of our life, even we have to separate even without of our willingless''





No comments:

Post a Comment