(ni la Star Parade bagi yg xtau tu...besaQ kn??)
Setelah kami isi borang apa semua, duk inteview2 pastu last2 tauke tu cakap ''1 hari bulan nanti u latang cini pakai baju putih sama seluar itam yaa, kasi tunggu kat pintu masuk yang dekat belakang sana yah'', jadi kesimpulannya kami pun dapat la kerja kat situ, alhamdulillah ada gak kerja aku nak buat. So lepas abis ja interview tu kami berdua teQuih(terus) pi meronda nak cari baju putih dengan seluar hitam pulak, so menjadi satu kerjadah pulak nak kena pi cari benda2 alah tu, tapi demi nak kerja punya pasai kami pun cari la bagi jumpa gak.
Hari yang ditunggu pun tiba dengan brutalnya menyapa kami berdua, awal2 pagi kami dah bangun kes excited nak masuk kerja punya pasai dan kami pun berlalulah menunggu di tempat yang tauke tu suruh tunggu. Bila enter ja bangunan tu, kami dia suruh tunggu kat pejabat yang kami interview hari tu sebab nak beri sedikit ceramah mengenai kerja nie, dan yang ni memang aku tak boleh lupa ayat tauke tu..hehe let cekikdaud..
''Tauke: ok bilak u dengar loceng munyik, u all kena berlili tau, kasi itu munyik habis dulu balu u all sambung balik u punya kerja yaa.''
Hahaha time dia sebut kat part ''munyik'' tu memang aku tak boleh tahan, dia tekan gila...hahaha ada brother depan aku dah tertunduk sebab tak tahan nak gelak kes dengar amoi tu sebut ''munyik'' tu..hahaha aku nasib baik hari tu boleh tahan nak gelak walaupun aku nie memang jenis yang tak tahan gelak. Aku dengan member aku cuma boleh tahan sebulan ja kerja tu sebab teruk kot kerja tu, pastu sembahyang kadang2 tak sempat, sebulan aku kerja situ, empat kali sembahyang jumaat dah aku tak pi, gila lah memang jahil gila bila aku masuk kerja tu dan mak pak aku pun suruh aku berhenti dan cari kerja lain.
(goodbye Star Parade...aku dah tak tertahan baii)
Lepas kami berhenti ja kerja supermarket tu, aku ngan member aku pun automatematik jadi penganggur tak di iktiraf oleh badan2 beruniform sedunia, so kami pun pun mula la duk pikiaQ nak buat apa la nie?, duk rumah saja pun boring gak duk kena ada aktiviti gak nak buat. Ntah macam mana aku mula terfikir nak bukak gerai burger dengan member aku kebetulan aku dulu pun pernah berniaga dengan uncle aku dulu, gerai burger tu pun masih dalam keadaan elok, so aku pakat la dengan member aku kating2 duit nak buat modal berniaga.
(nie pembantu aku masa aku duk berniaga burger dulu...)
p/s: hangpa jangan percaya sangat ngan aku nie, atas nie fake picture ja...hahaha
Pada hari permulaan tu boleh gagah la berniaga, ramai la jugak tapi beberapa hari lepas tu memang aku duk nyanyi lagu cinta 3 segi yang aku ubah sikit lirik dia ''mengapa ini semua harus berlaku, apakah ini semua kerna diriku sedangkan aku cuma perniaga burger kecil-kecilan, tak sanggup aku melihat burger tak lakuuuuu'', haram lepas tu pelangan yang mai kedai kami boleh dikira la, tak payah pakai carkulator dah nak kira, pastu dengan beberapa bala menimpa kami dengan roda gerai tu rosak dan bila kami tolak saja mula dia bernyanyi lagu'' krikkkk......crittttttt....kreeekkkkk..... hanya kerna kau yang cukup bising untuk didengari dan tuk di maki, buat malu kami ja time nak tolak gerai tu abis semua orang usha duk ingat ada permuzik jalanan duk buat show.
Mula-mula dengan roda tu rosak, pastu ada satu bala lagi yang menimpa aku yang dimana peristiwa itu telah merubah hidup aku untuk selama-lamanya,di mana sejak hari itu diri aku telah berubah dan tak lagi sama macam dulu-dulu, pada malam itu ketika nak bukak api nak masak order, ntah macam mana aku punya lighter tu buat hal plak tak nak kuar apa, dah berkali-kali aku cuba tanpa aku sedar tangan aku sebelah lagi duk bukak gas dah, bila aku cuba ja petik lighter tu kali ke-5, dengan tak semena-mena api pun menyambar muka aku, perhh sikit punya perit kot dan yang paling aku tension member waa boleh pulak bantai gelak kat aku, dengan gaya brutalnya dia gelak kat aku..beliau memang KUAJAQ.....haha..lu langsi beb...
Dan malam tu memang aku takleh fokus pada burger aku, aku asyik nak memaling pada awek cashier yang duk kerja kat kedai top up tu..hahaha....malam tu muka aku sakit gila tambah2 bila kena bahang api tu, so malam tu aku decided ngan member aku nak tutup kedai awai sikit malam tue dan esoknya kami ambik public holiday secara emengency(mcm salah ja aku eja??) sebab aku memang tak boleh buat kerja apa dah, dan yang aku tension kening ngan misai aku dah rasa macam hangus ckit, dan nak tak nak aku pun shave la misai aku, tu yang aku kata malam tu dah merubah hidup aku sebab sejak malam tu aku dah tak simpan misai dah sebab aku dah mula syok kalau takdak misai....nampak
p/s:tapi aku takde la pi shave aku punya kening jugak, gila hang!!!!
Lepas beberapa aku lepas tu aku ngan member aku STOP!! jual burger sebab aku dah cukup tension dah dengan muka aku kena sambaQ api malam tu dan member wa gelak bagai tak hingat dunia..haha.. so lepas aku stop kerja tu, sekali lagi kami pening again duk pikiaQ nak buat kerjadah apa pulak, dan sekali lagi idea aku gak yang bagi, aku cadang kat member wa apa kata pi cari kerja kantin sekolah pulak mana la tau kan kot2 boleh cari girlfriends(tu kalau hangpa kerja kantin sekolah menengah la, lau sekolah rendah apa kerjadanya!!). Dan pada masa tu kami cukup berterima kasih pada ayah member wa tu sebab berjaya carikan kerja kantin kat sekolah ayah berliau mengajar tu, dan itu kerja kantin sekolah rendah(sob2....kempunan gak aku nak cari awek... {!_!} ...), alhamdulillah kami dapat berkerja dengan baik sekali sehingga pada bulan Jun tahun tu aku terpaksa stop kerja sebab aku dapat peluang sambung belajar, jadi aku terpaksalah tinggalkan member wa kerja situ, tapi aku rasa dia lagi syok kot sebab masa tu ada tiga orang awek masuk kerja situ...lu memang best bro...hahaha jeles wa...WHY I HAVE TO QUIT???...
Ok sebelum wa akhiri carahan wa nie, wa nak gitau sesuatu sikit la, ok pada permulaan untuk sesuatu yang baru memang akan sedikit mencabar dan sedikit memeritkan, tapi percayalah lama-kelamaan cabaran dan keperitan itu akan terganti dengan keseronokkan dan rasa persahabatan yang utuh, dan bila kita sudah rasa macam tu, believe me that ur won't to quit from what u do at that time, sebab kita sudah mula terbiasa dan seronok dengan apa yang kita buat.
Masa aku nak berhenti tu memang aku rasa macam tak sanggup nak tinggalkan kerja aku, time tu memang aku rasa tak best gila sebab nak tinggalkan member2 wa kat situ, so kesimpulannya ialah:
''don't afraid to take the risk to success in ur life, bcoz if ur don't take up that risk, ur will lose something valuable, something that we call ''experience'' to build our sefl-confidence and after that will build ur future''......
Ok setakat ni ajela leteran aku, lain kali kita jumpa lagi dan jangan takut nak memulakan sesuatu, sebab kalau anda takut, maknanya anda takut nak terima cabaran dalam hidup anda...peace :)
No comments:
Post a Comment