Beberapa hari yang lepas aku ada buat satu perjalanan menuju ke KL/Selangor, perhh memang best siot, aku akan kenang gilalah saat-saat tu, tu kali pertama kali aku keluaQ daQi Kedah tanpa keluarga aku, selalunya kalau aku nak gi jalan2 kuar dari Kedah biasanya aku akan pergi bersama-sama ngan keluarga aku memang rasa takut n getaq gak la.
Tapi itu semua mengajaq aku untuk menjadi lebih matang,yelah sekurang-kurangnya aku boleh belajaq untuk berdikari,dan yang paling penting aku belajaq untuk mengenali negeri orang lain, budaya kat sana dan cara hidup diaorng. Masa aku sampai sana, memang aku macam ''rusa masuk kampung?? betui taktau peribahasa aku tulis nih??.
So masa aku sampai tu, kepala aku duk telang ja duk usha tempat orang, maklumlah cheq ni oQang kampung, bila pi tempat2 banyak bangunan macam tu jadi peQak(bukan dlm sebutan negeri Perak ok dan maksud dia macam batak la), selalunya kat Kedah bangunan xde la banyak sangat n xde la tinggi mana pun.
Masa aku sampai sana aku pila melawat shopping komlek depa,perhhh semua kedai2 yang jenama terkenal punya, mana ada macam kedai2 bundle, aku masuk kedai baju boleh tengok saja jelah,nak beli memang tak sanggup...hahaha.. oh sebelum aku cerita lebih lanjut, sebelum aku pi jalan apa tu semua, aku ada berkenalan dengan dua orang gadis bandar dari damansara, nama diaorang Mai dan juga Niesa, diaorang memang ramah gila lah, masa aku kat sana, diaoranglah sahabat baik aku, kemana aku pergi, diaorang ikut ja, mana saja diaorang pergi, mesti aku pun ada.
Oh lupa nak cakap pulak, umur si Mai tu sebaya aku, 20 tahun manakala Niesa pulak muda setahun dari aku iaitu 19 tahun, diaorang adik beradik. Memang sweet moment la time aku lepak ngan diaorang nanti kalau aku nak gi lagi sana memang aku nak lepak lagi la dengan diaorang, masa aku duk kat sana, diaoranglah yang ajar aku tentang selok-belok kat sana, at least aku tau gak la suasana kat sana, thank sangat2 la kat Mai n Niesa, nanti kot2 la nanti aku nak honeymoon ker (kejadah pa honeymoon pi pekan) takde la aku rasa kekok sangatkan!!...dan yang paling aku best dengan diaorang nih diaorang nih open minded, mudah nak bawak berbincang dengan diaorang dan ramah, dan yang paling mahal sekali diaorang mempunyai minat yang sama dengan aku, iaitu berkaitan dengan musik, memang jaranglah aku nak jumpa kawan2 yang sama minat dengan aku yang macam tu.
Sebab dengan sikap diaorang sekarang aku rindu sangat2 dengan diaorang, harap2 kita akan bersua lagi pada masa hadapan, aku menyesal sangat tak dapat berbual panjang dengan diaorang, sebab hari tu aku sakit tekak pulak, memang takleh cakap banyak sangat, but i happy to meet both of you, i'm glad to have friends like you two, i hope our friendship will stay for the rest of our life, Din akan ingat pada awak berdua, wahai my friends Mai dan Niesa,walaupun kita berjauhan, dan menyesal tak cakap ''nice to meet ur all'' masa kita nak berpisah tempoh hari, tapi xdaya nak cakap,tekak sakit sangat2 hari tu,harap sangat2 Mai dengan Niesa baca entry nih, Din bukan sombong xcakap banyak aritu, hari tu ja yang tak mengizinkan Din nk cakap banyak2, dah la bukan senang nak jumpa balik, bukan dekat Selangor-Kedah, mau pengsan gak waa time nak sampai tu..haha
MORAL: kita boleh jumpa kawan baru sekiranya kita sama2 ramah dan saling tolong menolong, walau pun kita dari tempat dan dengan cara yang berbeza, tidak ada perkataan ''tidak boleh'' dalam kamus kita untuk menjadi kawan, cuma yang ada hanyalah ''nak'' atau ''taknak'' untuk ambik sapa2 untuk jadikan dia sahabat kita... peace :)
No comments:
Post a Comment