Powered By Blogger

Friday, 24 February 2012

AloQ StaQ i'm Back!!!(again)...

Ok semasa aku tulis entry nie, aku ambo lo nih duk kat AloQ StaQ bai..haha alah sekali-sekala balik kampung, ari nie aku mood kampung sikit la ya, biasalah CheQ nih anak kampung, oQang jati Kedah, dan CheQ bangga bai jadi anak Kedah nie, ok haQi nih cheQ tak berapa ada idea la nak tulis menatang apa, tapi demi perminat sekalian(ferasan syial!!), cheQ peQah gak la otak cheQ yg agak tiga suku kata nie nak taip entry nih.

                            (haa nih la menaQa AloQ StaQ kawan2 semua, amacam terer tak aku snap??)

Ok hangpa dah tengok kan menaQa kat atas nih??, hehehe inilah salah satu kebanggaan oQang kedah, setakat nie rasa-rasa aku, baru dua kali aku naik menaQa nih (sikit punya lama duk Kedah,baru 2 kali hang naik??), kali pertama aku naik masa sekolah aku dulu buat rombongan sambil belayaQ..ermm sorry i mean belajaQ, belajar, study, mengaji, discussion, dan semua yang sama erti dengan beliau. Kali kedua pulak time aku balik cuti sem, masa tu member aku ikut aku balik rumah aku, pasaipa sebab rumah beliau yang yaknie nun jauh di Sarawak nuh!!, jadi time dia lepak rumah aku tuh, aku bawak lah malaun nie(sorry my friends, gurau ja) pi ronda2 kat AloQ StaQ nie, dan salah satu port yang aku bawak dia pi ialah menaQa nie, aku rasa kalau tak kerana beliau, mesti takdak punya kali kedua aku naik menaQa nie.

                     (apa kta polis tue,''weh!!tangkap gambaQ aku leklok la sikit, aku saman satgi kot!!'')

 Yaaa hangpa nampak tak gambaQ apa kat atas nie??yaa that the roadblock..ggrrrrrr..aarrrrggggg... ok nak dijadikan ceQita, semalam aku nak balik la ngan member aku dari Merbok,Sungai Petani nak ke AloQ StaQ. Yang aku takleh blah, aku keluaQ ja dari area rumah sewa aku tu, tudia baqhang roadblock dihadapan, tapi selalunya aku jalan rilek ja, yelah budak2 skema semua lengkap, tapi semalam aku jadi kurang skema sikit lah, pasaipa sebab lesen muda aku dah expired dan sebab aku nak balik AloQ StaQ kerana aku nak perbaru lah aku punya lesen tu, nak cari pejabat JPJ kat S.P tu sikit punya menyeksa, duk area mana pun aku taktau pejabat depa tu, naik ketumit mata aku melilau caQi, last2 aku mengaku kalah wahai pejabat JPJ, anda sukar dicari.

                                (''saya nak balik AloQ StaQ nie pak cik, kasihanilah diriku iniiiii'')

Oleh kerana aku tak jumpa pejabat JPJ kat S.P, jadi aku nekad nak balik pi pejabat JPJ kat AloQ StaQ, apa nak jadi jadilah. Ok lepas aku pusing balik lepas nampak roadblock tadi, aku pun pergi la mencari inisialtif yang baru, aku ngan member aku pakat2 nak ikut jalan yang agak jauh sikitlah, time tu memang wakluu laa. Lepas aku dah setengah perjalanan tiba2 member aku memberhentikan kenderaan beliau ketepi jalan, aku pun follow la beliau pastu aku pun tanya la '' weh awat hang berhenti??nak beli rokok lagi kaa??'' lalu balas member aku '' tu kat depan hang tak nampak ka ada apa'', lantas dengan sepantas moto Double RR Kawasaki-baki NINJA, aku menoleh kehadapan, tudia baqhang roadblock again, oh mann....memang waterpark gila lah....oh bila sebut moto kawasaki-baki ninja tue, tringat pulak yang baru2 nie rumah wa ada orang ceroboh bai, ok yang tu nanti aku cerita kat entry baru nanti..

Nasib baik member wa ni ceQedik, beliau  pun pilah dengan slumber rocknya tanya kot2 ada jalan shortcut yang boleh kami ambik(hang nak ambik buat pa??) bagi mengelakkan daripada nak masuk dalam roadblock tu. Kami masuk la dalam satu taman nie, dalam hati aku duk kata ''ishh taman apa pulak nie??hang nak bawak aku pi mana nie, hang jangan jual aku wehh, aku tak kawen lagi wehh''..ok stop merepek yang bukan2, lalu kami pusing punya pusing bulan tak timbul2, last2 jumpa satu jalan keluaQ yang dah lepas dari roadblock tu, dan alhamdulillah perjalanan aku lepas tu semua lancar takdak roadblock sehinggalah bila aku sampai rumah pukul 12.30 malam, pintu rumah terkunci pulak dah...waaaaaaaa tidoQ la aku........ ok sambung lagi nanti, aku nak gi riadah pulak ni... see ur soon.. :)

























No comments:

Post a Comment