Powered By Blogger

Tuesday 24 April 2012

Ternet dan Lappy problem!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ok ni nak habaQ mai la kat hangpa semua, dalam bulan april dan kemungkinan pada bulan depan jugak, aku maybe agak kurang la nak update aku punya blog, hangpa nak tau dak sebab apa??...ok kalau nak tau hangpa minta-mintalah bertanya pada laptop dan ternet(internet) kat rumah aku ni, ntah apa yang depa sakit hati dengan aku pun tak tau kenapa.

Ok sekarang ni sebenarnya aku tengah bercuti, iaitu selama 2 bulan..yaa 2 bulan..bukannya lama sangat pun kan??.  Ok sepanjang cuti ni aku buat la apa-apa yang patut walaupun benda tu memang tak patut aku buat, dan memang dari lahiriah lagi aku ni memang tak boleh nak berpisah dengan laptop dan internet, sebab dua2 tu adalah life aku sekarang, sejak aku mula kenal ja dengan internet walaupun time tu hanya tau bukak youtube dan google image..hahaha dulu memang aku nerd gila bab2 internet ni, tapi sekarang don't call me ''Din'' kalau tak reti nak bukak chatting room...hahaha. Ok sejak aku mula rapat dengan dunia IT(bukan ''Ibu Tunggal'' tau!!) ni, memang tak sah kalau aku tak melayari internet, tapi untuk 2 bulan ni mungkin aku kurang sikit nak guna internet2 ni semua, sebabnya lappy dan ternet kat rumah aku ni problem sikit.

                                                                  (SABAQ JELAH!!!)

Oleh kerana kat rumah aku tak guna WIFI, jadi kalau aku nak guna ternet terpaksalah aku guna lappy mak gua bro!!...aku punya personal lappy(cewahh bahasa!!) ntah apa masalah taktau, bila pasang guna wayar ternet tu takleh nak connect ternet, kalau kat rumah ada wifi memang takde hal lah!!.. bukan takat wifi rumah aku, sekali wifi2 jiran aku rembat..ooppsss...... tapi oleh kerana aku duk kat kampung, orang mana nak guna sangat wifi2 ni, jadi takleh lah aku nak HACK... Dan bila guna pulak lappy mak aku, dia punya keypad pulak tak berapa nak cukup, maklumlah budak2 duk guna nak main game, punya semangat main sampai button keypad tu pun boleh ilang, ni aku rasa kalau bagi Gamer2 tengok mesti depa tabik spring punyalah. Keypad tu tak bagi masalah sangat kat aku sebab kami guna keypad sokongan, beli kat pasar raya pastu pasang kat laptop, settle problem!!, tapi ada satu annoying sikit, kadang laptop ni jadi gila, button up dia bergerak sendiri, hangpa skrollah sampai bawah mana pun, kejap lagi dia skrol balik naik atas secara sendiri, sampai aku nak baca blog pun tak senang, tengah khunyuk baca tiba2 dia skrol naik atas balik, memang hangin la aku.

"Aku: Oh ada berita terbarulah kat blog nih!!...tajuk blog "DinIrsyad semakin hari semakin cute!!, apa rahsia kecantikan?"....ok mai kita baca sat, rahsia kecutetan saya adalah minum petai pada setiap pagi bla bla bla....(dan secara tiba2)...
Lappy: Ok sekarang kita akan ke tingkat atas semula..cuu cuuu cuuu cuuuu TING!!! 
Aku: Arrrrrrrggggrrr.....aku tengah duk baca awat hang skrol naik atas balik???....(sambil tangan skrol balik kat tempat aku baca tadi!!)..
Laptop: ok naik atas balik..(kata laptop tu sambil buat muka TROLL..)
Aku: AARRRRRGGGGGGGGGGGRRRRRRR..........(sambil kaki naik kat laptop!!)

                                  (Dia buat muka macam nilah kat aku..memang KUAJAQ!!!)

Ok time aku duk taip ni pun beberapa kali gak la dia skrol naik atas balik, tapi alhamdulillah kaki tak naik lagi la....SABAQ2.....alz isz well alz is well. Ok masalah skrol tu satu, ni tambah pulak dengan masalah ternet slow, lagilah bertambah-tambah tension aku dibuatnya, jadi oleh yang demikian dalam 2 bulan ni memang aku jarang sangat nak guna ternet, buat apa nak guna kalau setiap kali aku guna ja, aku punya mulut jadi macam ni.......@#%%%&**()*()()(()&^%$$^%#% hang nih!!!!......terkumat-kamit jugak la mulut aku. So sekarang aku banyak buat kerja lain macam melukis, latih main gitar, excesice, menulis dan macam2 lagilah, ok cukup dululah aku punya luahan hati kat sini, lain kali kita ketemu lagi, gua Chow dulu beb.... (^_^)

No comments:

Post a Comment