Powered By Blogger

Sunday, 1 April 2012

Bekalan AyaQ Tergendala!!!

Ok beberapa hari yang lepas bekalan air/ayaQ/water/indah water(..errmm??hah??padia??.) dekat area rumah sewa aku menhadapi sedikit masalah teknikal, iaitu kadang2 ayaQ kat kawasan perumahan dekat2 situ asyik takdak ja, jadi ini semua memberi masalah kepada kami sekeluarga walaupun sebenarnya kami ni berbeza mak bapak, tempat tinggal, cara hidup, aktiviti, dan lain-lain lagi, tapi WE ALL ARE FAMILY!!. Ok berbalik pada kisah air tadi, so oleh kerana bekalan air asyik problem ja, ini menyukarkan kami sebab kadang2 bila nak mandi ja ayaq takdak pulak dah, tu yang semua pakat tak mandi tu....opppss kantoi pulak tak mandi..hehehe

Pernah dulu terjadi bekalan ayaQ takdak time lepas maghrib, time tu dah la aku tak mandi lagi bersamaan dengan kawan2 aku yang lain, tapi aku kira bernasib baik la sebab time tu aku takdak kelas malam macam kawan-kawan aku yang lain tu..hahaha.. so pi la lepa(mereka) kelas dengan tak mandi apa semua..huhuhu so sad my friend. Jadi oleh aku takdak kelas malam hari tu, jadi aku pun pergi la mencari inisialtif(iktiar...aku rasa aku eja salah) nak pi cari ayaQ pasai aku nie cukup rimas kalau tak mandi, dan akhirnya aku ambik keputusan nak pi mandi kat toilet dekat dengan jambatan sungai Semeling, Sungai Petani Kedah, toilet pun toilet la, lantak la aku dah tak kira, aku NAK MANDI!!!!..



Ok nak dipermudahkan cerita, beberapa hari yang lepas kejadian ni jadi lagi, tapi kali nie dia terjadi disiang hari bersamaan pada awal-awal pagi, so memang DAFAK jugak la bila hangpa bangun ja pagi-pagi(pada pukul 10 pagi(standard orang bujang bangun..) bukak-bukak ja paip ayaq, dan-dan ja ayaq takdak dan secara automatik mulut aku akan terkumat-kamit berbicara bahasa maki-makian. Nak dijadikan ceQita kami bersahabat pun berbincang nak pi mandi-manda kat ayaQ terjun yang berdekatan, mula tu kami nak mandi kat Pusat Rekreasi Tupah tapi bila tengok ja ayaQ kat situ, perhh hilang mood terus dengan ayaQ kering pastu aku 1st time la jumpa nak mandi ayaQ terjun pun nak kena bayar pulak, apehalnya kan?? pastu kami pun teruih blah...Last sekali kami bereempat pun cadang nak gi mandi kat Pusat Rekreasi Sri Perigi dekat Yan Kedah.

                                           (yang 2 orang naik moto tu aku tak kenai ok!!)

Kami pun share la duit minyak kereta sorang RM2 hinggit beda(=''buat, untuk''.....mcm nk sebut bedah tau) nak pi kat sana tu. Perjalanan time nak pi tu aku rasa dalam setengah jam ja kot,maybe kurang lagi rasanya aku pun tak berapa nak ingat pasaipa aku duk tidoQ ja kat belakang...kahkahkah... Ok bila dah sampai kat sana kami pun cari la port yang sesuai untuk sekodeng mandi dan lepak-lepak, dan akhirnya kami pi mandi kat tempat ayaQ dok turun yang agak tinggi sikit la dari orang lain, bak kata member aku ''Kita kena la mandi kat tempat tinggi macam nie, biaQ orang kat bawah mandi ayaQ yang kita mandi nie, pastu hangpa buang la apa2 yang patut, biaQ padan muka lepa tu'', sesungguhnya sungguh mulia hati tuan hamba...haha memang rare.


Memang rasa nikmat gila lah bila lepak ramai-ramai kat bawah air terjun tu, rasa macam nak tidoq ja kat bawah tu (tapi bila memikirkan yang aku ni tak reti berenang dan takut2 bila aku tidoQ satgi aku jatuh bawah dan hanyut, jadi aku tak jadi tidoQ) , member2 gua time tu mesti rasa nikmat gila bila dapat mandi, yelah dari pagi tak mandi sebab ayaQ kat rumah tak berfungsi, nasib baik la aku sempat mandi pagi tu sebab aku bangun awal hari tu (awal pada pukul 10 pagi).



Kat tempat kami lepak tu, kami boleh main macam meluncur pulak kat situ, tu memang kelebihan la bila lepak kat port atas tu selain boleh tengok awek semua orang yang dok kat bawah sana, cuma satu ja kelemahan dia, bila dok kat atas tu kalau hangpa bagi jatuh barang apa-apa ka, sorry to say la hangpa ucap siap-siap la good bye kat beliau. Macam member aku lawak gila tengah dok sabun badan dia tiba-tiba sabun tu terjatuh kat bawah, kami takleh buat apa2 la tengok jela sabun tu main luncur air sampai beliau hilang dari pandangan mata kasar kami semua.

Ok cukuplah cerita kami pi mandi-manda kat Sri Perigi, Yan Kedah ni ya kawan-kawan-semua, nanti kalau ada cerita apa-apa cheQ ceQita kat hangpa noh, hangpa sabaQ la sikit tau, ok bye-bye semua, da kerja sikit nak buat ni, see you soon :)


No comments:

Post a Comment