Powered By Blogger

Friday 29 June 2012

Beyblade!!! adakah anda ingat??

          Beylade, apa itu "Beylade"??, ok pada yang taktau pa benda yang aku cakap(taip) ni, "Beylade" adalah salah satu anime Jepun yang terkenal sekitar tahun 2000 hingga 2002. Cerita ni dia mengisahkan tentang dunia perlawanan gasing atau lebih dikenali sebagai "Beylade", dan setiap "Beylade" mempunyai kuasa atau semangat yang luar biasa.

                                        (haaa ni antara watak2 dalam anime "Beylade" ni.)

          Antara nama2 watak dalam cerita ni ialah watak utama Tyson Granger(budak yang baju kaler merah tu), beylade Tyson ni mempunyai kuasa Blue Dragon dimana dia boleh guna kuasa puting beliung untuk tewaskan musuh2 dia. Kenny(yang pakai spek kat rambut tu) dia tak lawan beylade , tapi dia seorang yang sangat bijak dan sering mengumpul maklumat pihak lawan yang akan menentang team diorang serta menkaji kekuatan dan kelemahan pihak lawan dengan mengunakan laptop beliau yang bernama Dizzi.

                                                        (Tyson dan Blue Dragoon nya)

          Max Tate(yang rambut kuning tu) pulak mempunyai kuasa semangat dari laut iaitu kuasa yang bernama Draciel, semangat yang merupai kura-kura. Max ni memang hebat dalam bab-bab pertahanan. Max ni happy go lucky orangnya, boleh kata hampir sepanjang masa dia ceria ja, dan tak lupa dia ni tak sombong dan ramah dengan semua orang.


                                                            (Max Tate dan Draciel)

          Kai Hiwatari(yang kalih badan pi belakang tue) adalah permilik beylade bernama Dranzer, burung dengan kuasa api. Kai ni tak banyak cakap sangat, tapi sentiasa stylo. Dranzer sering melayang terbang di udara dan meluncur dengan laju untuk menyerang lawannya seperti burung helang.

                                                                  (Kai and Dranzer)

          Ray Kon(yang ikat tocang) mempunyai beylade bernama Driger, sejenis semangat menyerupai harimau. Ray sangat mahir dalam bab mematahkan serangan lawan, Ray jugak pernah berjaya mematahkan serangan puting beliung daripada Tyson dengan mudah sekali.


          Masa cerita ni tengah top dulu, masa aku darjah 4 kot rasanya, perhh memang jadi fenomena beb permainan beyblade ni, boleh kata hampir semua budak2 mesti ada satu permainan ni, kalau takdak hang pi main jauh2 , kami takmau bercampuq dengan hangpa..haha. Ingat lagi dulu kalau pi madrasah, mesti bawak punya sebab nak main masa waktu rehat, tak cukup waktu rehat, bila habis ja madrasah balik rumah dulu tukaQ baju pastu mai balik berkumpul kat madrasah sebab nak battle. Untuk buat gelanggang beyblade ni, kami akan terbalikkan meja yang ada kat luaQ bilik darjah yang takdak orang guna tu sebab meja tu bawah ja petak pastu tepi dia ada macam penhadang, so takdak la beyblade tu pi lari tempat lain.

         
          Kami dulu lau nak main beyblade ja, mana nak ada duit nak beli gelanggang dia yang besi tu, lau yang plastik tu mampu la tapi bukannya nak tahan sangat, cukup 3-4 hari jahanam lah dia, benda pun plastik. So kalau nak rasa guna gelanggang besi, aku pi tibai la kuali besi mak aku...hahaha tu pun boleh rosak gak, mak aku sikit punya mengamuk pasai aku duk bagi jahanam kuali kat rumah aku.

                                         (camni ja mainan ja, simple tapi sangat menhiburkan)

                    (ni tempat pegang khas dia, bagi yg manja takmau luka tangan kena tali dia)
                                                (gelanggang besi yang diharapkan)

                                                   (kuali mak aku, pun jadilah....hahaha)

          Dulu cerita ni memang aku takkan miss lah, memang wajid aku tengok. Satu keburukkan cerita ni ialah bila hangpa taksud sangat dengan cerita ni, sampai tahap hangpa percaya yang beyblade hangpa pun boleh keluaQ menatang yang gambaQ dia ada kat beyblade hangpa, ada dulu aku nak buat skill bagi lambung dia kat udara pasaipa beyblade aku dulu ada gambaQ burung, aku pikiaQ lau lambung tinggi2 kat udara nanti boleh la keluaQ dia punya kuasa tu, tup tup beylade aku yang hancuQ sebab jatuh kuat atas tanah, tapi berbaloi gak la sebab sekurang-kurangnya dia keluaQ gak la, yelah semua skru, besi dan paku dia habis terkeluaQ..hahaha dumb gila aku dulu.

          Zaman budak2 aku dulu memang best lah, macam2 mainan kami main, dari yang moden sampailah yang tradisional, semua kami pernah main, budak2 dulu macam2 kami buat, tapi budak2 sekarang aku tengok dah tak adventure dah macam kami dulu, bangun2 pagi on lappy/psp/dll pastu main sampai malam. Game ni pulak sangat relevan , sebab nak main dia mudah ja, pastu harga tak mahal sangat dan yang paling penting dia tak guna bateri, so sangat memudahkan bagi yang tak mampu main mainan yang mahal, selain ia dapat meneratkan silatulrahim sesama kawan2.

          Ok aku rasa cukuplah sampai sini noh, ada banyak lagi cerita2 nostalgia yang aku nak cerita, nanti lau aku ingat dan ada masa aku buat lagi post2 macam ni, ok chowlu malu :)

p/s: memang nostalgia gilalah permainan ni dulu, dia punya aura game ni dulu memang kuat, rasa beruntung gila aku dapat rasa zaman2 macam ni :)

1 comment:

  1. Bagi anda yang hobby bermain judi online seperti :
    Bandar Ceme, Ceme Keliling, Capsa Susun, Domino, Bandar Poker dan omaha poker
    Mari segera bergabung bersama kami di s1288poker
    Kami agen penyediaan jasa judi online terbaik dan terpercaya.
    (WA : 081910053031)

    ReplyDelete