Powered By Blogger

Saturday 24 November 2012

Loghat Kedah/UtaQa lesson part-5

Setelah sekian lama aku tak post lesson loghat kedah utaqa kita ni, al-maklumlah aku duk kalut duk tercari-cari arah hidup, tapi takpa sekarang aku berkesempatan dan ada mood, so aku post baliklah macam aku duk buat sebelum-sebelum ni..

1: Kampoi....
1: maksud dia ialah kumpul, kaut, dan lain-lain:

"Amboi Man mentang2 terer duk nega, hang kiQa nak "kampoi" kat hang soranglah noh?"

2: satu lagi boleh guna ayat ni ialah untuk capai, sampai dan selalunya orang guna time pi mandi-manda, selalunya kalau mandi sungai lah sebab kadang2 kita tak tahu paras ayaQ sungai tu, jadi member yg paling terer berenang tulah akan jadi pak sanggup pi terejun pi check paras ayaq sungai tu, dan kalau ayaq dalam dia akan habaQ kat member dia macam ni......

"Weh hangpa jangan duk teQejun, ayaQ dalam gila babas ni, kaki aku takleh "kampoi" sampai bawah ni"...


       (rindu plak zaman kecik2 dulu, pi mandi sungai ramai2 dengan member, syukur ku anak kampung)


2: Je-qhang...
: rebus, memanaskan, mendidihkan.:

"Mak: hang duk buat apa tu Ismail ooiii...
Ismail: duk "je-qhang" ayaq panas lah, sejuk pagi2 ni nak mandi, oQang suruh beli ayaq panas joven tu tak mau beli.."

3: Capoi...
: mulut celupaq, mulut lepas ikut main ja, ikut dan(suka) dia ja nak cakap..:

"Ramlee: Wehh kita lalu ikut lorong belakang kubuQ ni takpa ka?,aku seqeyiau(takut) satgi ada pocong mai cekik lehiaq(leher) aku satgi...
Masdol: haaauuu waatt mulut hang ni "capoi" sangat tak tau?, satgi dia mai betui kot baru nak ketahuan..haa lagi satu, POCONG MANA BOLEH CEKIK HANG, TANGAN DIA KAN KENA IKATTTT.."


                              ("Pocong: tangan aku kena ikat?, mehh i dont get it mann.." )


4: Te-qhe-bey...
: lastik,melastik, mensasarkan, budak2 la nie mana nak kenai dah pa benda lastik tu, nasib baik Angry Bird ambik inasiatif guna lastik dalam game depa:
" Abu ternampak burung di atas pokok, lalu Abu teruih "teqhebey" burung tersebut, habis cerita.."


                                          ( tu la namanya "teqhebey" wahai adik2 ku..)


5: Melo-qhoih... 
: maksud dia ialah lucut ataupun gelongsor...
"Ahmad: Haaa Pak Ali tengok, terer tak ligan ayam tadi? 

 Pak Abu: hmmm terer-terer, sampai "meloqhoih" kain pelekat hang aku tengok...
 Ahmad: HAH APA DIA??....(disertai dengan siulan anak-anak dara kampung,PEEWWIITTTT).."

6: Me-qho-not...

Me or not??.. haha bukan tu yg dimaksudkan naa, haa maksud dia ialah membongkok, duk cari barang kat tempat yang sukar terutamanya...

"Samad: Amboi Zali, hang duk "meqhonot" celah almari tu duk cari menatang apa?,
      Zali: Ni duk cari kunci geQek(basikal) akulah, aku nak pi kedai ni"...

7: Sene-qheh...
: selisih, berlaga, bersentuhan tanpa sengaja:..

" Oleh kerana cuai dan terburu-buru, Rahman tidak sengaja mengundur keretanya lalu ter "Seneqheh" kereta Lamborghini Encik Din"...


          (Encik Din(Lamborghini): Wei apa ni wei, unduQ leklok la bro, calaQ la bumper aku)

8: Be-qha-caq...

1: comot, kotor, berlemuih dan sebagainya:...
"Aduh pi masuk lopak pulak,"beqhacaq" habis la kereta aku"...keluh Rahmat."
2: boleh juga digunakan bila hangpa jatuh dan baju hangpa habis kotoQ, terutama jatuh dalam lopak or lumpur, yakni ketika hujan or sesudah hujan:..

" Oh man....camna nak buat n?, "beqhacaq" habis baju aku ni, yang lopak ni pun satu awat duk ada kat sini taktau?"..

9: ka-haQ...

: nakal, naughty, jahat, buas, lasak, dan lain-lain:...

" Hang ni aku tengok kat luaQ "kahaq" bukan main, tapi dalam hati walaweh ada ada taman, ceehh blah lah lu!!!"..

10: Pe-do...
: jangan duk buat pening, maksud dia ialah berhati-hati, tengah buat sesuatu dengan penuh perhatian dan teliti, contoh macam hangpa nak masukkan benang dalam jarum, haa benang takmau putuih, jarum takmau berselerak..ehh betui kaa??....time nak masukkan benang dlm jarum tu kan hangpa mesti tumpu perhatian gila b*** kan??sampaikan nak kena tutup mata sebelah, lebih kurang gitulah situasi "PEDO" tu. Cara sebut "DO" belakang tu bukan macam sebut DO RE Mi tu tau, kalau hangpa mai Kedah ka or what ever mana2 negeri utara, kalau hangpa ada dengaQ budak2 duk gaduh ka, pastu hangpa dengar ayat ni "Hang memang BODO lah wei, pi mampuihlah, aku teQajang satgi kot", haa "DO" pedo ni dengaQ macam bunyi BO"DO" tulah, dia ada taranum sikit cara sebut pe ...DO...:

" Abu:Tudia haihh Ali, "pedo" sakan haih aku tengok hang duk tengok laptop tu, layan b*** apa?.
    Ali: WAKLUUU........"...

Ok itu sahaja untuk kali ini, lain kali cheQ post lagi noh...cheq nak pi tidoQ plak, mengantuk hassiihh...

Saturday 17 November 2012

Rombongan Bukit Merah darjah 6 tahun 2004!!..

           Masa aku darjah 6 pada tahun 2004, lebih kurang 9 tahun lepas, sekolah gua ada buat rombongan pergi jejalan pi Bukit Merah yang terletak di Taiping ,Perak. Tujuan rombongan tu dibuat adalah untuk bagi pelajar-pelajar rest kepala otak depa sat, maklumlah time tu budak-budak baru ja habis peperiksaan Ujian Pernilaian Sekolah Rendah(UPSR). Selain tu tujuan ia juga adalah untuk eratkan silatulrahim antara kami semua, haa masa rombongan tu bukan setakat budak-budak darjah 6 saja yang pi, budak-budak darjah 5 pun ada yang sesat pi ikut sekali, tudia baQhang memang mendapat sambutan gila.


           Setelah beberapa minggu perancangan dibuat, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun telah tiba, pada hari nak bertolak tu kami diminta berkumpul di hadapan medan selera kampung aku seawal 7 pagi. Bila dah siap duk simpan beg kat dalam bonet bas tu, kami pun memulakan perjalanan kami dan masa duk dalam bas aku duk kat sebelah sahabat karip gua(depan kami ada awek 2 orang), Amy nama dia. Bila dah dapat naik bas ramai-ramai macam tu, haa mau tau la macam2 perangai duk ada, dan sudah semestinya barisan yang duk belakang sekalilah yang paling bingit sekali, ada yang duk nyanyi lah..hahaha gua ngan Amy duk depan sikit beb, senang sikit nak lena dalam bas.


          Lupa nak  habaQ tadi, sebelum kami pi mandi-manda kat Bukit Merah tu, kami pi buat kajian(cehh) dulu kat Zoo Taiping, tidak lengkap rasanya kalau pi Taiping tidak singgah dulu ke Zoo Taiping ni. Bila masuk zoo sudah tentulah ada binatangkan?, kalau masuk jumpa binatang yang mati tapi boleh jalan lagi!, tu maknanya zoo tu tengah duk kuarintin sebab terkena serangan zombie apokolip. Masa duk usya2 menatang dalam zoo tu, binatang yang paling member2 aku duk cari dan yang paling eksited depa nak tengok adalah..."b.a.b.i."...hahaha dalam banyak2 yang tulah depa nak cari sangat, maklumlah hari2 duk sebut, yang paling best cara depa nak bagitau yang depa jumpa b*** yang best tu..hahaha

"Member: Din Din...tu dia member hang Din woi....
        Aku: Member??,member yang mana pulak dah??...
 Member: Tuu yang duk dalam sangkaQ tu, duk lepak dalam lumpuQ tu(lalu menunding ke arah kadang babi)..
       Aku: B***....kuajaQ hang nohh...."

         Masa duk Qalit duk usya akak jaga kaunter sekeliling, tiba2 member gua si Amy ni nak pi tandas pulak dah, pastu kami pun pusing pulak nak cari tandas, yang syok banyak2 group group kamilah yang paling tak ikut peraturan, geng2 lain semua pi pusing ikut cikgu masing, yang kami ja samseng sikit pi berlawan arah pusing ikut dan ja, sampai cikgu Pak Yaa tu pening duk kata dalam hati dia "Pak ya: ni apa budak2 ni, aku pusing sini, depa ada, aku pusing sana, depa ada gak..ish3..". Seingat aku dulu zoo tu dulu depa ada lekat simbol anak panah kat lantai, jadi sapa pi situ kena ikut arah anak panah tu,tapi lanie aku taktau ada lagi x, kot2 la ada budak2 duk kutip bawak balik rumah ka kan?, tapi oleh kerana kami geng samseng sekolah(LAH SANGAT!!) , kami pi tibai ja nak ikut mana, sampaikan ada satu tempat kami pi pusing 2-3 kali.

         Berbalik pasai kisah tandas tadi, akhirnya kami pun jumpa la tandas, dan berlakulah satu kejadian yang aku takleh lupa sampailah sekarang ni, si Amy ni punya kalut sampai termasuklah dalam tandas pompuan, bila dia keluaq barulah dia perasan, nasib baiklah takdak orang dalam tandas masa..ish3..apa da.. Tapi walaupun geng kami yang paling buas dan tak duk diam suka pi merata, tapi group kamilah yang paling awal balik ke bas balik, tak sesat macam group lain..HAHAHA...


     Setelah puas pusing dalam zoo, akhirnya saat yang dinanti telah pun tiba bila kami akan menuju pulak ke Taman Tema Bukit Merah, haa aku ingat lagi masa tu ada member kami, dia hindu Saravanem kot nama dia?, lupa pulak aku lama tak jumpa. Saravanem ni masa pi zoo dan duk dalam bas beliau sebenaQ tengah demam, kira dia duk diam jelah, tapi bila sampai Bukit Merah mak ooiii...dan2 lega tuh, siap ajak aku naik dekat 4 kali kot yang gelongsor ayaQ tu, aku kata kat dia "wehh aku takmau dah laa, gayat baqhang".. Masa tu aku tengok dialah yang paling aktif..hahaha macam2. Haa satu lagi, sebenaQnya masa kat zoo, kami semua sesat..haha..tapi Saravanem nilah yang tunjuk jalan balik, kira hebat lah dalam duk demam tahap nak pengsan pun ingat gi jalan..hahaha..

        Benda yang aku meluat masa tengah duk lepak atas pelampung kat dalam ayaQ ialah bila member yang  talaQ-talaQ(nokhorom2..hahaha) nie duk pi bagi terbalik pelampung kita, amboi dah la aku tak reti berenang. Tapi main yang paling best time tu mestilah yang belon gergasi yang keluaQ ayaq kat atas tu, kami hari tu boleh main situ sampai berapa lama taktau?, tapi lebih lama la dari masa yang sepatutnya sebab abang yang jaga tu dia mood baik kot, tu yang dia biaQ kami main lama sikit tu, sampai semput lah, ada pulak pi main polis sentri atas tu, What The Hill kan??...

         (Kami duk main polis sentri atas menatang nilah,tapi yang kami dulu rasanya lagi tinggi dari ni)

       Setelah puas bermandi-mandian, kini tibalah masa untuk balik, dan tiba2 dua member aku kehilangan tuala dan selipar, apa da pencuri,itu pun mau curi kaa??.. Itulah antara detik2 indah dalam hidup aku bila dapat luangkan masa bersama member kelas aku dan member2 kelas lain bercuti ke Bukit Merah, macam2 ragam member2 waa nim, bukan senang beb dapat berkumpul ramai2 macam ni beb, serius susah beb wa cakap lu, tambah2 bila dah tamat zaman sekolah, waktu tu kita nak jumpa nak lepak macam zaman sekolah dulu memang cukup susah beb,silap-silap hari raya barulah boleh jumpa balik, tu pun belum tentu semua member2 dulu ada beb.

       Ok buat member-member yang ikut sama masa rombongan dulu tu, iaitu Amy, Adha, Farid, Faiz Joe, Aiman, Zariff, Asraff, Khairuldin, Fuad, Sattiya, Saravanem(serius beb aku tak ingat nama betui hang, aku bantai ja ni), Syamir, Pak ku, Imam, Muzamir, dan lain2, sorry kalau ada yang tak ingat, lama dah beb, masa tu baru darjah enam kot!!!... Buat cikgu2 pulak antaranya Ustaz Razaini, Cikgu Zakaria atau Cikgu Pak Ya, Cikgu Romzi(sorry cikgu dulu saya main aci ligan ngan cikgu), Cikgu Radzi dan lain2.

      Dan diperhujung ayat aku, aku cuma nak kata yang kalaulah boleh adakan balik sesuatu yang seperti rombongan tu dimana aku dapat bersama dengan sahabat-sahabat aku, memang takkan aku lepaskan peluang tu walaupun ada yang menawarkan harta atau duit yang bernilai sampai jutaan ringgit sebab nak suruh aku lepaskan peluang sebegitu, akan aku tolak tanpa banyak bicara sebab saat2 manis tu memang tak dapat diganti dengan harta atau duit, sebab harta atau duit boleh habis bila-bila masa saja, tapi moment bersama kawan-kawan tu takkan lenyap sama sekali, sebab..........

.....Bagi aku sahabat itulah "harta" yang paling bernilai dalam dunia, sampaikan tak boleh aku luahkan dengan kata2 atau pernulisan tentang betapa bernilai dan istimewanya persahabatan.....


        Apa-apa pun sorry for the long post, aku cuma nak berkongsi, tiada propaganda lain, sekadar mengisi masa lapang, hope hangpa enjoy la noh, aku pakai bantai taip ja apa yang terlintas dalam kepala otak aku. Sorry la duk buat peQit ka, duk buat skema pulak sedih2kan tentang sahabat lah,  friendshiplah,  moment  yang indahlah bagai sampai tak boleh dilupakanlah, macam drama pulak noh??, tapi nak buat camna beb, "Dah itu ja 'harta' yang aku ada dan yang buat aku rasa 'mewah' dalam dunia ni"... oklah bye-bye peace no war Assalamualaikum.......