Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ermm sekarang ni dah bulan April, maknanya dah 3 bulan usia blog ni!! kalau ikutkan pada alam realiti blog ni macam baru nak belajaQ berjalan/merangkak/mengiring/bertatih lah kata orang, ye masih muda lagi beliau rupanya kan??. Ok semalam aku ada masuk satu laman chatting nie, tiba-tiba budak-budak kat situ ada terbukak cerita pasai sekolah pulak, aku pun apa lagi, TUNGGU BAPAK LAGI!!!!...aku teruih menyampuk dan cerita la apa yang pernah aku buat masa sekolah dulu.
(yeaaaahhh aku suka topic nih!!!!!)
Masa aku duk cerita semalam, aku cerita la pengalaman aku, terutama dalam bab kena denda...hahahaha yang tu memang aku expert la...hahaha...Ok tapi kali ni aku nak cerita dari sekolah rendah dulu noh, semalam aku cerita masa sekolah menengah ja, tapi bak kata David Beckham(ceh takdak kena mengena langsung!!), "let get start from the beginning". Ok takmau beletiaQ banyak2, ayuh ku pimpinkan tangan mu, menujuuuu mahligai bahagiaaaaaaaa...........errrr............ekkkk....maaf ternyanyi pulak.
1: Taruk kapuQ(kapur) kat kerusi member....
: Hahahahaha ini memang perkara wajip nak dibuat bagi kaki2 buli macam aku ni..hahaha kami akan ambik sedak(debu\habuk) kapuQ yang ada kat papan itam tu, pastu letak kat kerusi member2 kami..hahaha memang best, pastu kalau budak tu bangun kami akan kata macam ni "wehh Saiful(bukan nama sebenar), hang berak kapur ka apa ni", hahaha kalau dalam kelas orang cakap macam tu, faham2 jela, "check you bontot"...hahahaha... tapi kadang2 selalu gak aku kena, siott betul habis seluaQ aku kena kapuQ, balik rumah kena beletiaQ dengan mak aku. Tapi lanie(sekarang ni) aku rasa mesti takdak dah game ni(ceh game la sngt), aku rasa kapuQ tulis pun budak2 sekolah tak kenai dah kot, mesti lepa akan tanya macam ni "kapuQ???menatang apa tu? makanan ringan yang terkini ka?", yelah zaman dah kian berubah, perubahan melingkari...er..ekk..maaf sekali lagi, lanie mana nak pakai kapuQ dah, sekarang ni dah ada MAKER PEN.......
(tengok dia kata power MAT!!)
Bila maker pen dah wujud, ini pun dilupakan...................
2: Main lawan2 permadam......
:Haaa yang ni lebih kurang macam main sabung ayam la, tapi versi budak2 dan "ia halal juge", hahahaha dulu sanggup buat satu koleksi pemadam sebab nak main game ni ja..hahaha..... Time nak main tudia kerumun habis satu meja nak tengok "battle" antara pemadam ni, pastu sapa kalah dia kena bagi pemadam dia kat si pemenang tu.
3: To-nyoh(colek,calit dan whatever la) paku panas kat tangan member.....
: Ok permainan ni memang kejam sikitlah, hangpa perlu cari paku tekan/payung yang kecik tu pastu hangpa cucuk kat permadam, then hangpa perlu geserkan menatang paku tu kat atas lantai bagi dia jadi panas, pastu hangpa pi taruk la kat tangan or anggota badan yg len kat member2 yang hangpa tak berapa suka tu, satgi hangpa boleh tengok dia pi cari bata nak hempuk kepala hangpa...hahaha.... Rasanya lanie dah pupuih dah kot mainan ni, semua sekarang sayang sama kawan maa, nak cubit pun tak gamak.
4: Main tuju-tuju lemak...
: Haa permainan ni memang top la dulu, selalunya kami akan main pada waktu rehat dan pada waktu kelas yang cikgu takdak, dalam ni memang kami mengamalkan sikap tolong menolong antara kami, pakat la duk cari getah, surat khabaQ, plastik, dan apa2 yang berkaitan la, aku pun dah lupa benda apa lagi yang kami combine kat dalam benda tu. Ok kenapa ianya dipanggil Tuju-tuju lemak?? sebabnya selalunya orang akan ambik surat khabaQ yang orang duk bungkuih nasi lemak tu dan jadikannya macam bola, dan satu lagi kalau kena baling dengan benda nih, memang terasa "lemak berkrimnya''. Corak permainan dia pulak aku samar2 ja ingat, maklumlah game ni aku main masa aku darjah 5-6 dulu tu, lama dah tinggai beb!!, seingat aku cara permainan dia setiap seorang akan diberi 3 rasanya nyawa(x silap aku la) dan kami akan baling bola tu pada satu sama lain untuk menyingkirkan seorang demi seorang. Hahaha rindu gila lah aku time2 sekolah dulu, budak dari kelas lain akan datang kelas kami join nak main game ni, memang meriah habislah satu kelas tu, dan yang paling penting kerusi, meja memang habis berselerak la bila kami berkumpul main game nih.
5: Main Tuju-tuju kasut/selipar getah.....
: Secara tidak sengaja bila aku cerita pasal "tuju-tuju lemak" tu, tak sengaja aku teringat satu lagi jenih(jenis) game, iaitu main "Tuju-tuju kasut atau seliar". Ok mainan ni pulak kami akan main kat madrasah/tempat mengaji Quran, sebab game ni selalunya kami guna selipar jepun ja, kalau p sekolah besa mana nak pakai sangat seliparkan, kalau banjir selalu gak la pakai, tu pun cikgu dah usha pelik dah macam kami ni nak ambik buah pinggang dia pulak.
Cara permainan dia pulak hangpa kena susun kasut ni mengikut susunan macam gambaQ kat atas ni, lepas susun seseorang akan baling nak bagi roboh dan kalau roboh akan bermulalah perang antara kami, kami akan baling selipar tu pada pihak lawan dan group yang dah berjaya jatuhkan kasut tu akan cuba nak susun balik kasut tu, dan lepas tu....errkkkk...ermmmm..????........ aku pun tak berapa nak ingat...hahaha. Mainan ni memang layan kena pulak main petang-petang kat kawasan kampung macam kampung aku ni...hahaha.
Ok cukup dululah setakat ni dulu ya, nanti2 la pulak aku post pasal nostalgia masa kat sekolah dulu, ada banyak lagi sebenarnya, tapi aku yang lambat sikit nak ingat balik..hahaha ok see ur soon...
No comments:
Post a Comment