Monday, 18 June 2012

Member Waa dah Kawen beb!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai para pembaca sekalian...WOW!!!....ok sekali lagi..WOW!!... lama gak noh aku tak update aku punya blog ni, maklumlah sibuk sikit akhir2 ni maklumlah aku kan artist, pastu dengan internet dan lappy problem ckit, lalu menjejaskan sikit mood aku untuk ber blog2 bagai ni semua.


Ok ni nak habaQ mai la kat hangpa semua, alhamdulillah pada 9.6.2012 member rapat wa, Mr.Mus telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan beliau Mrs.Mean pada usia beliau 20 tahun sama dengan aku, cuma yang beza aku ni bujang lagi..HAHAHAH... ok isteri dia pulak 19 tahun. Depa ni start kawan masa awal tahun 2010 tak silap akulah, masa zaman2 kami duk mencari-cari arah hidup yang masih tak ketahuan hala lagi, biasalah budak baru habis SPM, nerd lagi time tu, nak lalu depan orang tua pun tunduk badan sampai ke tahap nak melutut, tudia baghang sikit punya hormat dan sopan santunnya bebudak ni, anak sapa la ni kan??....Haaaaa anak sapa lagi kalau tak anak Izham naib ketua kampung AloQ MeQah..Hahaha sorry merapu sikit.

        Ni nak cerita sikit la pasai brader Mus kita ni kan...oppsss silap!!..bukan brader tapi Encik Mus...hahaha....aku dah pakat dah dengan member karip wa, iaitu brader Amy atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, nak letak title "Encik or Mr" bila jumpa ja Encik Mus kita ni bila dia kawen, yelah orang dah kawen kena la panggil Encik or Mr...haha ambik hang Mus. Encik Mus ni sebenarnya bukanlah orang kedah sejati macam aku nie, dia sebenarnya berasal dari Nogori Sombilan dan dia mai stay kat Kedah ni masa kami tingkatan 4 iaitu pada tahun 2008. Masa awal2 dia mai Kedah dulu memang nerd sikit la dia ni...HAHAHHAHA....aku tak leh lupa dulu ada la member gua tanya dia "Hang duk kat mana weh?", pastu Encik Mus kita ni reply la soklan tu dan berbunyi macam ni la "aku duk kat Alor Merah".

Ok untuk maklumat semua, Alor Merah ada cara sebutannya yang tersendiri, yang tang( kat) alor tu mesti semua tau kan cara sebutan dia mesti la "ALOQ", dia kena teran sikit kat "LOQ" dia tu. Tapi yang mahai pada nama Alor Merah ialah tang "MERAH", tapi awas bukan merah yang kaler tu tau, tapi nak sebut "ME" dia tu hangpa mesti guna "ME" macam nak sebut burung MERAK, jadi sebutan nama kampung aku tu di dalam versi Kedah sejati akan berbunyi "AloQ MeQah". Encik Mus ni pulak pi sebut "Alor Merah" jadi jadilah kampung aku ni seolah-olah "Kampung Alor sungai Berwarna Merah-merah". 


Tu perkara biasalah, dia pun baru ja mai Kedah time tu, loghat utara dia pun samaQ2 ja lagi. Tapi yang tu aku tak berapa kisah sangat, tapi yang aku takleh lupa bila dia nak pi beli tayar luaQ moto dia..hahaha boleh pulak dia sebut kat pomen kat kedai tu "Abang, tayaQ moto lagenda ada dak?"...time tu memang aku gelak takdak dah, Mus2 mana la ada perkataan "tayaQ" dalam loghat utara ni, "tayar" ja la..haha

Aku ingat nak tulis pendek2 ja ni, tapi tibaQ2 ja banyak pulak idea aku, ok persetankan semua tu, lau hangpa rajin baca la sampai habis noh. Masa mula dia habaQ dia nak kawen tu, aku sebagai sahabat memang terkejut nak haram jadah lah, mau tak terkejut tiba2 ja pastu dengan umuQ baru cukup2 20( padahal tak cukup gi pun) dah la kwen dah..ish ish ish. Belum cukup terkejut yang tu, pastu aku terima satu lagi kejutan, boleh plak dia suruh aku jadi pengapit dia!!!.


Tapi masa tu memang aku takleh nak tolong la Encik Mus weh, sebab tarikh hang nak kawen tu kena pulak dengan tarikh aku nak kena pi hantaQ barang2 pi balik rumah, sorry la Mus aku kalut sikit hari tu takleh nak jadi pengapit hang lagipun "kulit saye kusam dan berminyak la"(rujuk iklan muka???iklan muka jenama apa benda taktau, lupa dah haishh). Tapi gua tengok lu masa kawen memang hensem beb, Mean pun cun ja aku tengok, sikit punya tebal mekap dia..hahaha sorry gurau ja noh.

Tapi walau bagaimanapun aku berbangga dengan hang Mus, hang ni kira berani la ambik tanggungjawab yang berat ni pada usia yang masih muda beliau, tapi kalau akulah kan rasanya tak sanggup gi nak kawen muda2 camni, nak top up nak call lalink aku pun kena pi mintak kat mak gua beb..hahaha wat malu betul la, tapi tu dulu lah , sekarang wa dah xdak dah lalink2 ni apa semua, gua sekarang single je beb..sop sop sop.

Ok cukuplah sampai sini saja noh, rasanya dah panjang sangat aku tulis ni, satgi naik ketumit pulak mata sorang2 pembaca setia aku ni...hahaha ok waa chow lulu lah yaa... :)

p/s: Encik Mus ni dia ikut jejak langkah abang aku, kawen masa umuQ 20 tahun...bukan sepatutnya aku ka tiru???hahahaha nasib baik aku tak tiru kan, lau tak awek2 kat luaQ sana mesti xdak chance nak tackle gua..hahahaha(ferasan betul aku ni.).

No comments:

Post a Comment