Bila hari lappy aku takdak kat sisi aku kan, perhhh sikit punya boring beb, bayangkan aku ni jeneh(jenis) yang biasa hari2 duk lapak(*lepak*, maaf error typing, awek lalu tadi) depan lappy dan lain2 lagi kemudahan yang ada seperti mangkuk jamban(haa yang ni tiap2 pagi aku lepak), tiba2 hari tu lappy aku kena pi antaQ kat kedai pulak, memang lain la hidup aku lepas tu, terus aku tak tau nak buat apa kat rumah, so aku decide aku nak pi lepak kat mana2.
Masa lappy aku dalam proses duk perbaik walaupun beliau takdak la baek tera mana pun, aku pun termenung sejenak, dua jenak dan tiga belas jenak untuk seketika, aku tengok balik diri aku, pastu aku berkata(dalam hati) "Wow Din!!, you are totaly difference now", betui baru aku sedaQ yang aku ni dah banyak berubah, boleh kata berubah menjadi lebih maju lagi daripada 50 tahun lepas. Serius baqhang dulu aku tak perlu pun lappy, ternet, teknologi dan malahan tepon pun untuk hidup, tapi lanie tudia ambik hang takdak tepon boleh jadi gila, takdak lappy boleh jadi biul(bahalol).
Mungkin jugak kerana arus permodenan sekarang yang telah banyak merubah hidup aku, sehingga aku sangat bergantung pada teknologi2 lanie, dan mungkin kerana aku ni yang berbeza sikit dari kawan2 kat kampung aku. Beza camna??, ok nak dipendekan cerita member2 aku semua minat motor, kereta, pomen2, dan race2 dan sebagainya, dan aku pulak jenis yang minat pada seni dan aku ni boleh dikatakan agak upgrade sikit la dari depa tu, sebab aku ni jenis banyak luangkan masa dengan dunia I.T., depa pulak banyak duk wat aktiviti pomen sedangkan aku pulak selalu wat banyak aktiviti yang melibatkan seni terutama seni musik.
Jadi terlalu banyak beza aku dengan member2 aku yang lain, tapi walaupun berbeza dari segi minat, rupa(mana ada rupa sama(kecuali kembaq)) , aktiviti, lifestyle, mak ayah dan sebagainya, kami tetap kawan :) . Dulu sebenarnya aku pun ada minat macam depa gak, tapi bila aku dah meningkat dewasa, aku dah mula nampak aku ni cederong(betui taktau aku eja?) pada seni. Dan bila kami berkumpul adalah saat yang aku banyak aku diamkan diri ja, pasaipa depa banyak borak pada motor la kereta la, mana aku nak tau!!, aku nak menyampuk pun rasa serba salah:..
"Kawan1: Semalan aku ada beli absopber(maaf lau salah eja) baru, pastu aku pi la kedai Uncle Som suruh dia bagi nipis sikit tirus dia tu(apa aku merapu aku pun taktau)...
Kawan2: Hang suruh dia buang sampai berapa? piston Kawasaki Ninja hang ada gi tak?
Aku : (cakap dalam hati)Hah??pistol???gila apa hangpa ni? saki-baki ninja??
Kawan1: Aku suruh buang dekat 35 inci gak la, oh piston tu aku ada gi, awat hang nak tambat kat Ex5 hang ka?
Kawan2: Ha ah kat Ex5 aku la, motor tu jala aku ada pun, aku ingat skuter pak aku tu aku nak tembak(kaler) cat clear sikit la, bagi mengelit sikit.
Aku : (Cakap dalam hati(again)) WADAFAK MAN!!!...hang bila time clear hang nak tembak pak hang??OMG!! aku bersubahat!!!...."
Serius wa cakap sama lu, wa memang tak pandai ma pasal motor or kereta ma, nak tukar pluq motor pun aku panggil member aku mai tolong..hahaha... Ok buat masa sekarang teknologi adalah benda yang sangat penting pada aku, sebab ia adalah life aku sekarang, sekarang DinIrsyad sudah berubah ma, sapa langsi gua kasi kaki maa..hahaha takdak la gurau ja beb, alhamdulillah sekarang aku sudah kian nampak dunia aku macam mana.
Oklah sampai sini sajalah, aku pun dah mengantuk ni dah pukul 3:55 A.M dah kot, aku pun nak tidoQ gak, ok chowlu malu!!!.......
No comments:
Post a Comment