Setelah sekian lama aku tak post lesson loghat kedah utaqa kita ni, al-maklumlah aku duk kalut duk tercari-cari arah hidup, tapi takpa sekarang aku berkesempatan dan ada mood, so aku post baliklah macam aku duk buat sebelum-sebelum ni..
1: Kampoi....
1: maksud dia ialah kumpul, kaut, dan lain-lain:
"Amboi Man mentang2 terer duk nega, hang kiQa nak "kampoi" kat hang soranglah noh?"
2: satu lagi boleh guna ayat ni ialah untuk capai, sampai dan selalunya orang guna time pi mandi-manda, selalunya kalau mandi sungai lah sebab kadang2 kita tak tahu paras ayaQ sungai tu, jadi member yg paling terer berenang tulah akan jadi pak sanggup pi terejun pi check paras ayaq sungai tu, dan kalau ayaq dalam dia akan habaQ kat member dia macam ni......
"Weh hangpa jangan duk teQejun, ayaQ dalam gila babas ni, kaki aku takleh "kampoi" sampai bawah ni"...
(rindu plak zaman kecik2 dulu, pi mandi sungai ramai2 dengan member, syukur ku anak kampung)
2: Je-qhang...
: rebus, memanaskan, mendidihkan.:
"Mak: hang duk buat apa tu Ismail ooiii...
Ismail: duk "je-qhang" ayaq panas lah, sejuk pagi2 ni nak mandi, oQang suruh beli ayaq panas joven tu tak mau beli.."
3: Capoi...
: mulut celupaq, mulut lepas ikut main ja, ikut dan(suka) dia ja nak cakap..:
"Ramlee: Wehh kita lalu ikut lorong belakang kubuQ ni takpa ka?,aku seqeyiau(takut) satgi ada pocong mai cekik lehiaq(leher) aku satgi...
Masdol: haaauuu waatt mulut hang ni "capoi" sangat tak tau?, satgi dia mai betui kot baru nak ketahuan..haa lagi satu, POCONG MANA BOLEH CEKIK HANG, TANGAN DIA KAN KENA IKATTTT.."
("Pocong: tangan aku kena ikat?, mehh i dont get it mann.." )
4: Te-qhe-bey...
: lastik,melastik, mensasarkan, budak2 la nie mana nak kenai dah pa benda lastik tu, nasib baik Angry Bird ambik inasiatif guna lastik dalam game depa:
" Abu ternampak burung di atas pokok, lalu Abu teruih "teqhebey" burung tersebut, habis cerita.."
( tu la namanya "teqhebey" wahai adik2 ku..)
5: Melo-qhoih...
: maksud dia ialah lucut ataupun gelongsor...
"Ahmad: Haaa Pak Ali tengok, terer tak ligan ayam tadi?
Pak Abu: hmmm terer-terer, sampai "meloqhoih" kain pelekat hang aku tengok...
Ahmad: HAH APA DIA??....(disertai dengan siulan anak-anak dara kampung,PEEWWIITTTT).."
6: Me-qho-not...
: Me or not??.. haha bukan tu yg dimaksudkan naa, haa maksud dia ialah membongkok, duk cari barang kat tempat yang sukar terutamanya...
"Samad: Amboi Zali, hang duk "meqhonot" celah almari tu duk cari menatang apa?,
Zali: Ni duk cari kunci geQek(basikal) akulah, aku nak pi kedai ni"...
7: Sene-qheh...
: selisih, berlaga, bersentuhan tanpa sengaja:..
" Oleh kerana cuai dan terburu-buru, Rahman tidak sengaja mengundur keretanya lalu ter "Seneqheh" kereta Lamborghini Encik Din"...
(Encik Din(Lamborghini): Wei apa ni wei, unduQ leklok la bro, calaQ la bumper aku)
8: Be-qha-caq...
1: comot, kotor, berlemuih dan sebagainya:...
"Aduh pi masuk lopak pulak,"beqhacaq" habis la kereta aku"...keluh Rahmat."
2: boleh juga digunakan bila hangpa jatuh dan baju hangpa habis kotoQ, terutama jatuh dalam lopak or lumpur, yakni ketika hujan or sesudah hujan:..
" Oh man....camna nak buat n?, "beqhacaq" habis baju aku ni, yang lopak ni pun satu awat duk ada kat sini taktau?"..
9: ka-haQ...
: nakal, naughty, jahat, buas, lasak, dan lain-lain:...
" Hang ni aku tengok kat luaQ "kahaq" bukan main, tapi dalam hati walaweh ada ada taman, ceehh blah lah lu!!!"..
10: Pe-do...
: jangan duk buat pening, maksud dia ialah berhati-hati, tengah buat sesuatu dengan penuh perhatian dan teliti, contoh macam hangpa nak masukkan benang dalam jarum, haa benang takmau putuih, jarum takmau berselerak..ehh betui kaa??....time nak masukkan benang dlm jarum tu kan hangpa mesti tumpu perhatian gila b*** kan??sampaikan nak kena tutup mata sebelah, lebih kurang gitulah situasi "PEDO" tu. Cara sebut "DO" belakang tu bukan macam sebut DO RE Mi tu tau, kalau hangpa mai Kedah ka or what ever mana2 negeri utara, kalau hangpa ada dengaQ budak2 duk gaduh ka, pastu hangpa dengar ayat ni "Hang memang BODO lah wei, pi mampuihlah, aku teQajang satgi kot", haa "DO" pedo ni dengaQ macam bunyi BO"DO" tulah, dia ada taranum sikit cara sebut pe ...DO...:
" Abu:Tudia haihh Ali, "pedo" sakan haih aku tengok hang duk tengok laptop tu, layan b*** apa?.
Ali: WAKLUUU........"...
Ok itu sahaja untuk kali ini, lain kali cheQ post lagi noh...cheq nak pi tidoQ plak, mengantuk hassiihh...
No comments:
Post a Comment