Monday, 15 October 2012

Insan Seni Muzik yang aku Salute and Respect!!

Setiap orang mempunyai idola dan insan yang mereka sanjungi, begitu jugak dengan aku,ada beberapa orang yang aku respek dalam dunia nih yang aku jadikan sebagai idola kepada aku, ok takmau beletiaQ panjang2, moh la kito baco samo-samo dong!!!...

1: Dato M.Nasir...
: Sapa tak kenai kan dengan sifu  kita nie, M Nasir atau nama penuhnya Mohamad Nasir bin Mohamad yang lahir pada 4 Julai 1957. Beliau bukan sahaja seorang pengubah lagu, malahan beliau juga berbakat dalam lakonan, menyanyi serta melukis. Aku memang admire dengan karya2 lagu Dato M Nasir kerana setiap lagu yang dicipta ada maksud tersirat dalam liriknya, melodinya indah serta sesuai didengar sampai bila2 dan tak jemu didengar, dan lagu-lagunya penuh dengan penghayatan serta sarat dengan mesej2. Antara lagu2 ciptaan beliau yang menjadi kegilaan aku adalah "Suatu Masa (M.Nasir)", "NurNilam Sari (Awie & Search)", "Fantasia Bulan Madu (Search)"dan my favourite dimana aku selalu layan karoke lagu nie, "Sejati (Wings)" .....hehehe.


                                                          (Sifuuuuuuuuuuuu...........)

2: Awie...
: Ini adalah penyanyi kegemaran aku dari dulu sampai la sekarang, Awie atau nama penuh beliau Ahmad Azhar bin Othman, lahir pada 28 November 1968. Seperti semua orang tahu Awie adalah penyanyi asal kumpulan rock terkenal dimana kumpulan ini juga adalah favourite band aku, iaitu kumpulan Wings!!!...rock2. Aku admire gila dengan rentak suara Awie, sampai hilang suara aku kalau pi karoke sebab nak ikut sora Awie punya pasai, tapi apa-apa pun enjoy. Lagu2 hits beliau adalah seperti "Ratuku", "Bara", "Ukiran Jiwa" dan sudah semestinya my favourite, Dipenjara Janji(lagu paling best kalau karok, aku tak pernah gagal nyanyi lagu ni..haha).....



                                                               (Awieeeeeeee........)


3: Saari Amri...
: Saari Bin Jusoh atau Saari Amri yang berasal dari Kelantan ini adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni kita sekarang ni, tambah-tambah lagi dalam industri pengubahan lagu. Mempunyai bakat yang sangat kreatif dalam penciptaan lagu, menyebabkan beliau sangat dikenali sekitar era 90'an kerana ciptaan lagu-lagu hits yang mempunyai maksud yang tersirat, susunan lirik yang mampu menyentuh kalbu, penhayatan atau pembawakkan lagu yang ikhlas dan bersungguh-sungguh yang dimana aku tengok dah kurang dalam industri musik kita dewasa ini. Pernah mencipta lagu untuk kumpulan-kumpulan popular seperti Ukay's, Spring, Umbrella, Scan dan belbagai-bagai lagi band-band popular. Bagi akulah beliau umpama ''tulang belakang'' dalam industri musik kita, kerana tanpa beliau kita semua takkan dapat dengar lagu-lagu hebat yang menjadi sanjungan aku sampailah sekarang dan sampai bila-bila pun. Antara lagu-lagu hits beliau adalah seperti  ''Disana Menunggu Disini Menanti-Ukay's","Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan)","Butakah Cinta (Spring)", "Gerimis Mengundang (Slam)", "Karam (Zabarjad)" dan banyak lagi.


                                               (The one and the only Saari Amriiiiiiii......)


4: Amir Ukays...
: Penyanyi asal kumpulan Ukays ini juga sangat dikenali dengan lagu-lagu ciptaan Saari Amri seperti  "Disana Menunggu Disini Menanti" dan "Seksa". Penyanyi yang pada aku mempunyai suara dan vokal yang mantap ini memang seorang penyanyi yang sangatlah berbakat, beliau juga adalah antara insan yang telah menyerikan industri musik negara kita ini dengan lagu-lagu hits beliau dan Ukays. Antara lagu-lagu hits Amir Ukays adalah seperti "Pahit Akan Manis Akhirnya","Seksa", "Siapa Yang Rampas Cintamu","Kekasihmu Dimenara", Bila Diri Disayangi" dan banyak lagi. 


                                                     (The Great Singer...Amir Ukays...)

5: Joe Wings...
: Joe Wings atau nama penuh beliau Abdul Zamin bin Abdul Kadir, lahir pada 8 Oktober 1969, Johor. Seperti semua sedia maklum beliau adalah gitaris kepada kumpulan rock terkemuka, iaitu Wings. Apa yang special mengenai Joe Wings adalah beliau permain gitar lefthanded, iaitu permain gitar kidal (main gitar tangan kiri lah maksudnya). Aku pernahlah nak cuba try test main gitar kidal gak, tapi hampeh sekerat jalan ja, serius susah beb sampai tergeliat jari-jari aku, sebab tulah aku respek sama ini Joe Wings kerana bukan senang nak jadi gitaris lefty ni. Solo-solo Joe Wings yang aku suka adalah seperti intro lagu Sejati, middle
solo Taman Rashidah Utama, dan outro lagu Ranggi Metropolis, memang mencacak bulu Qoma(roma) kalau dengaQ. 


                                           (The Greatest Lefty Guitarist....Joe Wings..)

6: Malique(Too Phat)...

: Malique Ibrahim lahir pada 21 Ogos 1977, Johor Bahru. Bekas anggota kumpulan rap Too Phat ini, bagi aku adalah seorang rappers yang boleh dikatakan rare jugaklah jika dibandingkan dengan rappers lain kat Malaysia kita ni. Apa yang aku suka pada Malique ni ialah pada gaya suara dan lirik-lirik ciptaan beliau, susunan lirik dalam setiap lagu beliau sangat unik, rapi, penuh makna-makna tersurat dan tersirat dan sedap didengar. Antara lagu-lagu beliau yang waa suka adalah seperti Mantera Beradu (feat M.Nasir), Cuba Lagi (feat Lah Ahmad), Perang Dah Tamat (feat Rabbani), Teman Penganti (feat Black Mentor) dan lain-lain.

                                             (Rappers Rare Malaysia...Malique Ibrahim..)

Itulah antara insan-insan seni muzik yang aku jadikan idola, sebab mereka mempunyai bakat, gaya dan kejayaan yang tersendiri, mereka ini aku ibaratkan seperti one in a million, susah nak jumpa insan seperti mereka walaupun satu dalam sejuta. Sekian sahaja sampai disini sahaja, moga-moga kita ketemui lagi di hari mendatang, Chowlu Malu!!!!!..........

1 comment: