Monday, 9 April 2012

LoghaQ Kedah/UtaQa lesson part-4

Ok kita kembali lagi dengan discussion kita mengenal loghaQ-loghaQ utaQa ni, aku pun tak tau la kita punya lesson ni akan ada berapa banyak, tapi aku rasa memang banyak la, mau naik ketumit jugak la mata hangpa tera nak khatam semua..hahaha ok stop merepek, mai kita talk pasal loghaQ yg seterusnya nih.

1: Kelolo...
: tak berapa nak betui, loyar(bukan lawyer ok.) buruk, suka buat lawak dan lain-lain:
"Baru sebentar tadi saya ada terajang keluaq sorang mamat pasai dia buat ''Kelolo'' dengan saya"

2: Hemoi... 
: Muka tak tau malu, muka 15sen, muka tembok dan macam2 muka lagi la(tapi yg semestinya muka buku by Najwa latiff tak terlibat ok).
"Azman sekali lagi dengan membuat muka "hemoi"nya telah melarikan 2 keping daging bakar(apa aku merepek ni??).


3: Me-Qhe-nyeh....
:Mengatal, mengalak, me-ghe-la, dan apa2 lagi me me me la......(aku xtau nk taip apa)
"Artist kontroversi, DinIrsyad didapati telah ''me-Qhe-nyeh'' dengan semua artist wanita kat Malaysia"

4: Da-Oh...
: Tak ''matching'', tak suite lngsung, tak sama cantik, dia tu buta ka apa?(tiba2 ja kan?) dan lain2..
"U nak bagi i pakai bedak sejuk cap kapal layaQ?? OMG!! "Da-oh'' tau dengan kulit i".

5: Hapak Pera'e...
: Bau hapak, bau busuk, bau-bauan, bau-bau bacang, bau-Bau-Warkah(ok aku dah merepek).....
"Awat yang "hapak pera'e" ja nie??u kentut erkk????"

6: Hijau Me-Qhe-Ngak... 
: Terlalu banyak hijau, hijau kehijauan,  Hijau bumi tuhan by Xpdc, ok aku xtau nk kata apa...hahaha
"Bilik tidur Kassim terlalu hijau , "hijau me-qhe-ngak" nama dia..tudia baQhang..."

7: Celuih...
: muat, padan, elok-elok masuk perut...hahaha...
"Anak: Alah mak, awat tak "celuih" seluaQ cheQ nie???
Mother: nak "celuih" camna, perut serupa tong dram"...(gila ikhlas dri hati gila..haha)


8: Me-Qhe-lit me-Qhe-lap....
: Ok perkataan ni selalunya familiar time2 raya, sebab time tu banyak cahaya2, berkilau-kilau:
"Tudia rumah Pak Dollah, "meqhelit-menqhelap" haaiiihh.....lampu sana sini"


9: Me-Qha-yup....
: Jauh, sayup, kita tinggalkan sesuatu jauh dibelakang, mencelah, laju....
"Mat: tadi masa aku race dengan motor , "meqhayup'' aku kena tinggai.
Rem: hang race dengan motor apa?
Mat: kawasaki ninja.
Rem: hang naik motor apa??
Mat: Honda Ex5!!!
Rem: sabit(patut) pun kena tinggai, lain kali hang guna la beskal tok wan aku , BAHAGONG!!" 

10: Qhem-pang.....
: tergedik-gedik, cakap banyak, duk buat rancak, mulut takdak insuran nyawa:
" dah la Meon wei, hang takyah nak duk buat "qhempang'' kat sini naa, aku penampaq satgi kot"

Ok cukup lah dulu setakat ni, aku limit sampai sepuluh ja...hahaha jangan risau lain kali kita jumpa lagi noh..bye2 :) 

No comments:

Post a Comment