Friday, 3 August 2012

Bulan puasa datang lagi!!!


 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, alhamdulillah pada tahun ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut  bulan puasa yang mulia ini, dan mudah2han kita dipermurahkan rezeki, amin. Seperti yang kita semua tahu bulan puasa ni memang banyak rahmatnya, sebab tu la aku cukup suka bila bulan puasa ni menjelang, dan pada bulan puasa ni la kita dapat berkumpul ramai-ramai dengan keluarga kita, terutama saat nak bukak posa tuh... Dan selalu hari pertama puasa tu, biasanya mesti aku akan berbukak posa dengan family aku, tak pernah lagi la hari first posa aku bukak dengan individu lain.

Ok apa benda yang familiar dengan bulan posa ni?, of course la mercun, tarawih, bazaar, sahur, waktu nak berbuka dan lain-lain lagi. Bila saja aku cakap(tulis) pasai benda-benda kat atas taksat(tadi) teruih aku teringat beberapa kisah yang memang aku takleh lupa dan kebanyakannya amatlah melucukan hati.

Aku teringat dulu lagi masa bulan masa umuQ aku lebih kurang 6-7 tahun kot, aku dengan abang aku dan member2 beliau berpakat nak sakat  budak2 balik tarawih, terutamanya budak2 perempuanlah...hahaha... setiap sorang dari kami akan pakai kainn pelikat sambil berkelumbung macam hantu bungkus...hahaha best moment ever. Lepas semua dah ready dan semua orang dah pakat balik dari tarawih, kami pun bersedialah di posisi masing2..cehhh posisi, macam polis lak....kami punya target victims mestilah golongan bawah umuQ lagi macam budak2 sekolah, kalau kami pi target geng2 mak bapak orang, tu memang kami nak kena sekeh or penyepak la...hahaha.. Kami semua akan menyorok kat belakang semak atau balik2 pokok, tapi ada member kawan abang aku ni dia hardcore sikit, dia pi menyorok kat atas pokok, kalau ada orang lalu ja dia terjun...hahaha jiwa kental beb. Saat yang ditunggu mestilah time ada orang lalu, ada ja kami kejar sampai hujung jalan..hahaha..

                                                    (Kami dressing macam mamat 3 orang tu la)

Selain menakutkan orang, benda lain yang kami buat mestilah main mercun beb, dan dulu kalau nak main mercun mestilah kena pasang pelita banyak2, dan dulu aku dengan abang aku akan pergi kat dalam hutan sebab nak cari buluh untuk dibuat pelita buluh, baru la rasa tradisional sikit beb.


Bila dah ada pelita apa semua, barulah best nak main mercun dan meriam semua, tiap2 malam ja mesti bingit ja dengan bunyi mercun dan meriam dan kadang2 kami boleh pulak lawan rumah sapa lagi bingit dengan bunyi mercun, selalunya rumah kami la menang..hahaha. Kalau nak main meriam pulak, kami pun pi lah cari kabat(belerang) dan sediakan barang2 yang sepatutnya, paling best main meriam tong, pernah sekali tong tu melayang naik atas kepala member aku..hahaha kawan tu bengong ja lepas tu. Dulu mercun paling otai mestilah merun bola beb, bukan sahaja bunyi dia kuat, bahaya dia pun boleh tahan kuatnya jugak, ada dulu aku taruk mercun bola kat bawah kuali, lepas meletop ja dengan sekelip mata kuali tu hilang, dan beberapa second lepas tu korang boleh dengaQ bumbung rumah jiran aku ada bunyi benda jatuh..tup tup tudia baQhang, kuali tu naik atas bumbung rumah jiran aku, aku pun tunggu BAPAK LAGI!!LARI LAH!!!....
tengok bertapa kuatnya mercun bola tu, sekarang ntah ada gi tak, dah banyak tahun aku tak dengaQ bunyi dia.

                               (nilah mercun bola bagi anak2 manja yang tak pernah main tu..haha)

Selain main mercun kat rumah, tak lupa jugak kami turut mengamalkan main mercun kat sekolah dan masjid masa tarawih, gila aku baru sedaQ!!!!buas(lasak) jugak aku ni noh. Masa tarawih kami ni sembahyang berapa rakaat ja, pastu kami keluaQ dan main sekitar kawasan masjid tu, main macam2 wheely basikal la, main mercun la, main kejar2 la, mengorat awek la...errkkk......please dont tell my mom.... alah time tu budak2 lagi, otak pun duk reja pikiaQ main ja, hangpa pun mesti pernah buat gak kan??. Tapi walaupun mainlah kejar2 sampai kemana pun, time moreh mesti muka2 yang takdak dalam masjid tadi, dengan pastinya confirm ada time nak ambik moreh..hahaha bohong la kalau hangpa tak pernah buat macam ni. Moreh pulak takmau yang lekeh2, kalau dapat nasi ayam and ada ais krim, berseri ja muka sorang2..hahaha sembahyang berapa kerat nak moreh hebat2 noh, banyak cantik muka, kalau dapat moreh tin sardin, tin susu, dan tin ayaQ laici,amboi pandai pulak komen.:
Aku  : Tin susu evernem??OH MAN!!. kalau yang ni kat rumah aku pun ada, hang ambik kat hang la.
Kawan1 : Apa pulak??rumah aku dah berlambak lah weh.
Aku  : Aduh satgi pak aku pun bawak balik lagi , penuh la rumah aku dengan tin.
Kawan2: Weh2 jom beratuQ sekali lagi, ambik banyak2 boleh jual nanti..masyuk2..

Haaa ada satu lagi perangai jahanam masa tarawih, kalau ada ja moreh best2, confirm ada yang beratuQ untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya sebab nak ambik moreh lebih, tapi aku tak pernah buat la sebab ayah gua siak masjid beb, kalau aku tak ambik pun nanti ayah gua bawak balik gak moreh2 yang tak ambih, selalunya pak aku selalu bawak balik ais krim...uuisshhh syok baQhang time soQ(sahur) makan ais krim.

Bila nak dekat raya pulak kami akan bergotong-royong sesama adik beradik duk hias dan kemas rumah, time bulan puasa ni memang boleh nampak semangat tolong menolong antara kami adik beradik, dan benda yang ekcited aku nak buat ialah buat jerat ayam sebab nanti boleh buat rendang dan selain tu boleh kurangkan sikit pupolasi ayam kat kampung aku ni, geram aku asyik duk terpijak taip ayam ja. Jerat senang ja, kami ambik tali wayar letrik yang ayah aku punya buat bulat yang macam tali koboi tu, pastu taruk kat atas tanah and taburkan beras kat dalam bulatan tu, bila ayam masuk ja terus tarik tali tu dan serta merta kaki dia terjerat, so tangkap ayam mission...DONE!!!.

Oklah cukuplah sampai sini sahaja nukilan aku, lanie aku nak kena keluaQ pi terbang buluh sat, mak aku suruh aku buat meriam buluh...ehhhh bukan2... buat pelita buluh.... len kali aku update pulak la noh, so bye chowlu malu dan selamat berpuasa, assalamualaikum...